29 December 2011

Lontarkan Kata-Kata Yang Lojik

Orite kalini kita crita pasal kata-kata manis masa becinta, Eleh tipulah kalau korang tak penah melontarkan kata-kata yang "sweet" gitu untuk mengambil hati pasangan korang..hahaha jadi jom kita tengok lojik ATAU tidak.



LONTARAN KATA-KATA CINTA YANG MANIS...
aku tak boleh berenggang denganmu walaupun seminit.

TETAPI LOGIKKAH KATA-KATA CINTA ITU?
Seminit pun tak boleh berenggang? bila masa pulak mau buat kerja lain. Mau pergi toilet pun mau ikut? kata x boleh berenggang seminit, kalau da bera batu berjam-jam, apa kes tu bai? hahaha




LONTARAN KATA-KATA CINTA YANG MANIS...
Sumpah! Aku cuma sayang pada kau seorang sahaja kat dunia ni.

TETAPI LOGIKKAH KATA-KATA CINTA ITU?
Sayang dia sorang je...Jadi mak dan bapak nda sayang la? Belum lagi adik beradik lain.kumpau abis eh.hahah


LONTARAN KATA-KATA CINTA YANG MANIS...
Demi kau, aku sanggup buat apa sahaja walau berenang di lautan api.

TETAPI LOGIKKAH KATA-KATA CINTA ITU?
Dia suruh terjun bangunan, terjun lombong? sangup ka juga tu? lu pikir la sendiri.


LONTARAN KATA-KATA CINTA YANG MANIS...
Apa saja permintaanmu aku sanggup tunaikan. Kau katakanlah apa saja.

TETAPI LOGIKKAH KATA-KATA CINTA ITU?
Nanti si dia mintak rumah, kereta dan lain-lain sedangkan kerja sebagai kuli-kuli sahaja? apamacam?
 

LONTARAN KATA-KATA CINTA YANG MANIS...
Biar beribu tahun aku akan tetap menantimu sayang

TETAPI LOGIKKAH KATA-KATA CINTA ITU?
Tidak payah seribu tahun, ntah-ntah baru sehari break, suda ada awek baru, ala zaman da maju,FB kan ada,Twitter segala. semuanya di hujung jari.hahha

 
Tuh lah dia, bila waktu bercinta ayat bukan main lagi perghhhh... bukan hati je cair, silap hari besi batu pun boleh cair. Lepas kawin ade ke? Gua respect sama lu bai yang still lagi buat gitu lepas kawin. hehehehe

0 comments:

Post a Comment