29 December 2011

Lontarkan Kata-Kata Yang Lojik

Orite kalini kita crita pasal kata-kata manis masa becinta, Eleh tipulah kalau korang tak penah melontarkan kata-kata yang "sweet" gitu untuk mengambil hati pasangan korang..hahaha jadi jom kita tengok lojik ATAU tidak.



LONTARAN KATA-KATA CINTA YANG MANIS...
aku tak boleh berenggang denganmu walaupun seminit.

TETAPI LOGIKKAH KATA-KATA CINTA ITU?
Seminit pun tak boleh berenggang? bila masa pulak mau buat kerja lain. Mau pergi toilet pun mau ikut? kata x boleh berenggang seminit, kalau da bera batu berjam-jam, apa kes tu bai? hahaha


Santai di Hutan Lipur Kawang

Lokasi : Kompom La Hutan Lipur Kawang(HLK).
Masa : jam 9.00 am
Peserta : Atey, Aan Astakona,Nurul Iazzah @pp, Detz, Ceng @mohd Khairil, adik Ceng (lupa nama) dan PG CRonic (saiya)

SELAMAT DATANG KE HUTAN LIPUR KAWANG



Kalini kami seramai 7 orang telah menyerbu HLK seawal jam 9 pagi, walaupun perancangan yang dilakukan sangat-sangat spontan dan freestyle seperti biasa, kalau suda niat, kompom jadi ini barang:) bak kata pepatah freestyle 'pantang undur kecuali ceking'. Oh ya, aku mula menyukai tempat ini sewaktu pertama kali datang

27 December 2011

Kenapa Aku Pecat Sacretary Aku?


Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35 dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu. Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akan mengucapkan dengan penuh sukacita. Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang. Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi.


Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat kalau hari ini aku berulang tahun. Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya aku berangkat ke pejabat dengan perasaan penuh kecewa dan sedih. Di pejabat, Ketika aku masuk ke pejabat, sekertariku, Janet, menyapaku Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingat hari ulang tahunku.
Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu bilikku dan berkata, Apakah tuan tidak menyadari bahwa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah hari ulang tahun tuan, mari kita pergi lunch, hanya kita berdua.

6 Tempat Boleh Mengumpat



Firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat :
…..وَلاَ يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ……..
Maksudnya : …dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya….
قال الرسول e : إِيَّاكُمْ وَالغِيْبَةَ فَإِن َّالغِيْبَةَ أَشَدُّ مِنَ الزِّنَا. قِيْلَ لَهُ كَيْفَ؟ قَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ قَدْ يَزْنِي وَ يَتُوْبُ فَيَتُوْبُ اللهُ عَلَيْهِ وَإِنَّ صَاحِبَ الغِيْبَةِ لاَ يُغْفَرُ لَهُ حَتَّى يَغْفِرَ لَهُ صَاحِبُهُ
Maksudnya: Jauhkan oleh kamu akan dirimu dan takut oleh kamu akan mengumpat kerana bahawasanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada zina. Dikatakan bagi Rasulullah s.a.w : Betapa? Ertinya, kerana apa mengumpat itu lebih besar daripada zina?. Bersabda baginda : Bahawasanya seorang lelaki itu terkadang dia berzina dan lantas bertaubat maka Allah menerima akan taubatnya. Dan bahawasanya orang yang mengumpat itu tiada diampuni baginya sehingga memaaf baginya oleh orang yang diumpatnya. ( Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya dan Abu Asy-Syeikh dari Jabir dan Abi Sa’id )

Hukum mengumpat itu haram dengan ijma’ melainkan pada 6 tempat yang diharuskan mengumpat padanya iaitu :



20 December 2011

Isteri Dengan 3 Permintaan


Alkisah seorang isteri yang bergaduh dengan suaminya. Kerana marah si isteri ini lari ke dalam hutan meninggalkan suaminya. Adapun di dalam hutan tersebut maka terserempaklah dia dengan jin yang terperangkap di dalam botol. Maka berkatalah jin tersebut kepada si isteri tersebut. " Jikalau kau membebaskan aku maka aku akan tunaikan permintaanmu". 


Setelah berfikir sejenak maka bertindaklah si isteri tersebut membebaskan jin yang terperangkap di dalam botol. Setelah dibebaskan jin tersebut maka bersuara si isteri kepada jin. "Sekarang kamu makhluk untuk menunaikan permintaan dariku ini". Maka berkata pula jin tersebut. "Adakah kamu sudah berumahtangga?"
"Sudah, tapi mengapa ditanya? " Balas si isteri. "Kalau begitu aku berimu dua pilihan. Pilihan pertama kamu mendapat satu permintaan, dan pilihan kedua kamu akan mendapat 3 permintaan tetapi suamimu akan mendapat sepuluh kali ganda dari apa yang kamu minta".


Setelah memeras otak maka si isteri memilih untuk mendapat tiga permintaan. Sekali lagi jin tersebut memberi amaran bahawa suaminya akan mendapat sepuluh kali ganda permintaannya itu. Setelah bersetuju maka berbunyilah permintaan si isteri.


Permintaan pertama : "Aku hendak menjadi wanita tercantik di dunia." 
Jin berkata : "Suamimu akan menjadi lelaki yang terkacak di dunia".
Di dalam hati si isteri : "Tak apa... Sebab aku adalah wanita tercantik".


Maka tertunailah permintaan pertamanya itu.


Permintaan kedua: "Aku hendak menjadi wanita terkaya di dunia." 
Jin berkata : "Suamimu akan menjadi lelaki yang terkaya di dunia dan hartanya sepuluh kali ganda darimu".
Di dalam hati si isteri : "Tak apa... Sebab hartanya, harta aku juga".


Maka tertunailah permintaan keduanya itu.


Setelah dua permintaannya ditunaikan maka timbullah rasa dendam di dalam jiwa si isteri tersebut. Maka permintaan si isteri yang terakhir adalah "Wahai jin, permintaan ketigaku adalah aku mendapat serangan jantung yang ringan".


Tanpa persoalan maka jin tersebut menunaikan permintaan tersebut. 


Moral: Kaum Adam beringatlah bahawa wanita itu bijak, maka janganlah mencari pasal dengan mereka.


Perhatian kepada pembaca wanita : Ini adalah pengakhiran cerita untuk kamu. Teruslah berasa bahagia dengan cerita ini.


teruskan membaca. Cerita lelaki masih belum tamat.. 

Memperkenalkan En.Ciput

Dalam perjalanan dari rumah Cik Atey, untuk berLepak Santai @ Hari Pengantakan Geng Majal MenU Crew, saiya ternampak kelibat “benda lowet” sedang maju ke depan tanpa tujuan, tanpa membuang masa, saiya pun menegur sapa, belum sempat saiya mendekati, laju-laju beliau bersembunyi. Ohh. Pemalu juga beliau ni.. “Encik.. encik nak ke mana?” Namun beliau masi bisu, diam seribu bahasa, dewa19_pupus  Ohh jangan panik jangan risau, sebenarnya beliau adalah seekor kura-kura jiajah yang di beri nama EN.CIPUT.

Dalam perjakanan menghantar beliau ke rumah Cik Atey, bergema suara Cik Atey berteriakan, takut-takut kalau kepala En.Ciput keluar menjenguk apa yang berlaku. Tapi kan En Ciput ni pemalu, so nothing happen, emosi betul juga Cik Atey ni.

17 December 2011

Contoh Manipulasi Oleh Media

Media boleh mengaburi mata kita apabila di manipulasi!



15 December 2011

Bukan Semua Harus Bersebab ,So Sweet



Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Kehebatan Perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih'!

"Can you press for me level 7... Please," Pinta seorang kiwi (orang New Zealand), semasa kami berada di dalam lif di perpustakaan universiti.

"Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.

"Cheers!" Dia membalas.

Dalam satu kejadian lain,

"Excuse me, can you take that for me. Please.." Pinta seorang makcik.

"Which one? This one?" Sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.

"Yup. Thank you so much, my love!" Oh, hati berbunga, kerana dipanggil 'love'!Sweet lah makcik ni~

Saya bukanlah seorang yang terlalu 'alert', tetapi untuk masa-masa yang tertentu, telinga saya menangkap setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh orang sekeliling. Kemudian, saya berfikir dan menilai, lantas belajar tentang erti kehidupan.

*****

Dalam situasi lain, dengan latar masyarakat yang berbeza.

"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.




Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.

"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad rumah dikeluarkan, pintu dibuka.

Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.

"Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.

"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.

14 December 2011

Salahkah Wanita Tidak Tahu Memasak?




Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Mengahwini Wanita Hamil

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan
seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya
memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar
nikah, cepat cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK
SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... 
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain
timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini
kerana ianya amat penting:


12 December 2011

Coretan Freestyle : BAHASA KRONIK

Dalam beberapa hari aku tidak mengupdate blog ni, al-maklumlah kerja-kerja menaik taraf blog tengah dijalankan dan hasilnya adalah seperti yang anda lihat, masi mengekalkan konsep simple macam dulu-dulu juga bah!



Ok, itu semua tidak penting, sekarang aku mau cerita pasal penyakit bahasa cuteManja/ cuteSengau/ atau bagi aku ini adalag BAHASA KRONIK (BK) . Korang pernah terima atau terbaca bahasa orang parah tahap kronik? Tidak kira lah di sms, e-mail, facebook, di mana-manalah. Mesti korang tidak tahu apa benda aku merepek ni..hahahaha Maksud aku bahasa “cute sengau” bahasa yang rusyak rosak atau senaja dirosakan atau bagi aku bahasa perasan cutemanja.hahaha . Masi tidak paham lagi? Cuba baca dialog di bawah ni :

Lawak : Ibu Mertua


Alksiah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingintahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.
Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

7 December 2011

Misteri : Awan Jatuh Dari Langit

Bolehkah awan menentang aturan graviti dan jatuh dari langit ke atas tanah. Sebuah video yang diambil oleh rakyat UAE dan telah diterbitkan ke U-Tube menunjukkan kejadian itu berlaku di UAE dan jurugambar bertuah itu menganggap ianya sebagai satu keajaiban syurga.

Klip video selama 3.5 minit itu menunjukkan awan kecil putih yang terbang rendah segumpalan kapas besar di atas ladang hijau sebelum mengarah ke bawah dan jatuh ke atas pagar di kawasan subur Faris Bida di luar bandar timur oasis Al-Ain.

Lawak : Nenek mati dilanggar beca



Situasi sebenar: Seorang nenek pergi ke kedai beli ubi, tiba2 dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.



Buletin Utama: "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari"

6 December 2011

TOP 10 SEJARAH SIRI-SIRI ROMPAKAN BANK

Kemelesetan Besar bermula dengan kejatuhan Wall Street pada tahun 1929, dan berlangsung ke dekad yang berikut. Pada masa ini, kadar pengangguran di Amerika Syarikat telah meningkat kepada 25% dan lebih ramai orang telah melakukan jenayah. Ahli-ahli sejarah telah menyifatkan tahun 1930-an sebagai era "Public Enemy"; masa apabila sebuah minoriti kecil penjenayah berdiri sebagai terutamanya terkenal dan telah diburu determinedly oleh polis dan FBI.

Penjenayah ini tidak seperti perompak bank hari ini menyerahkan nota kepada juruwang dan melarikan diri dengan $ 100, hanya ditangkap keesokan harinya. Pencuri yang kejam akan pecah masuk dan menggeledah bank, biasanya memaksa pengurus untuk membuka peti besi ini. Mereka biasanya akan mengambil bahagian dalam pertempuran senapang dengan pihak polis, di mana penonton yang tidak bersalah sering dibunuh. Saya telah mencuba untuk kedudukan perintah reputasi dan kemahiran.


10. John “Red” Hamilton

 John Red Hamilton

Hamilton memulakan kerjaya jenayah dengan merompak sebuah stesen gas di Indiana, dan dihukum penjara sangat lama 25 tahun. Walaupun dipenjarakan, beliau mula kaitkan dengan perompak bank terkemuka seperti John Dillinger, Harry Pierpoint dan Homer Van Meter. Pada September 26, 1933, sebanyak 10 lelaki,

3 December 2011

Air tasik berwarna biru di malam hari

Sekiranya anda berkunjung ke tasik ini pada waktu malam, jangan lupa untuk membawa lampu suluh bersama anda; kerana cahaya daripada lampu suluh anda itu akan mencipta keajaiban fenomena alam yang luar biasa.
Pemandangan di siang hari pada tasik ini tidak akan memberi sebarang kesan khusus. Namun sekiranya anda berkunjung di malam hari, dan mengarahkan lampu ke arah air tasik, barulah fenomena luar biasa ini dapat dilihat.
Fenomena ini dapat disaksikan di Tasik Gippsland yang terletak di Wilayah Victoria, Australia.
Cahaya yang muncul di permukaan air tasik merupakan hasil daripada tindak balas reaksi kimia yang disebut 'bioluminescence' yang disebabkan oleh oleh organisma mikro 'noctiluca Scintillans'.



Kilang Kereta Honda Di Thailand Yang Tenggelam Dalam Banjir


Honda Thailand mengalami kerugian teruk apabila kilang mereka di Ayutthaya, tenggelam dalam banjir besar baru-baru ini. Ratusan kenderaan siap dan separa siap rosak teruk kerana ditenggelami air berminggu lamanya. Alatan kilat bernilai ratusan juga turut mengalami kerosakan total.


DOWNLOADS mp3 : ost Ombak Rindu (Hafiz Ft Adira-Ombak Rindu)



Siapa yang sudah tengok filem Ombak Rindu, mesti meleleh air mata punya, yang lagi dasyat, seorang kawan kerja aku ni, dari start cerita sampai abis cerita, menangis tidak henti-henti, wtf.hahaha oleh kerana aku belum tengok, so aku no filling dan mungkin tidak akan tengok di pawagam, juz beli CD or downloads (hahahaha) layan sorang-sorang menangis sorang-sorang.hahahaha ptuiii!!syal lahhh!! bukan apa, aku tidak minat la kalau cerita cinta-cinta ni, aku lagi minat cerita aksi,(cover, asi ka tu? hahaha)

Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok


Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

Touch and GO!

Tengah jalan-jalan dekat forum, terjumpa pula benda ni yang aku rasa lawak antarabangsa. Benda ni pernah terjadi kepada orang yang dikenali, situasinya lebih kurang la. tapi, masa tu dia lalu dekat tepi orang bergaduh, then tidak pasal-pasal muka dia di bagi sebijiK penumbukan padu maut . OMG!! abis ja dia di touch and go. terus bersurai mcm tu ja, tinggal la dia terpinga-pinga dengan sebiji penumbuk, so sad story ! 


Jadi, ni dia picture gif tu :



P/s: perghhhh!!!! tgk muka makcik yang menumbuk tu. penuh dengan kebencian..hahahaha

1 December 2011

Koleksi ramalan kiamat yang gagal!!!


Berikut adalah ramalan hari kiamat yang ternyata tidak benar. Ada peramal yang menyebut tahunnya sahaja dan ada juga yang menyatakan tarikhnya secara spesifik, malah termasuk masanya :
  1. Charles - seorang paderi Kristian dari Amerika Syarikat (AS) kiamat berupa terbakarnya bumi akan terjadi pada 12 September 1945, pada jam 5:33 pagi.
  2. Charles Laugheda - seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang amat dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954.
  3. Ada pihak yang pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, jam 1:45 petang disebabkan ledakan bom bawah tanah milik AS. Ekoran ramalan itu, ada orang yang menghasilkan perahu di gunung.
  4. Ahli astrologi India meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12:05 hingga 12:15 tengah hari.
  5. Kultus Gereja Orang Denmark Orton Dan Anders Jensen meramalkan kiamat akan terjadi pada 25 Disember 1967, iaitu dalam bentuk perang nuklear. Ramalan itu mendorong yang berkenaan membina tempat perlindungan bawah tanah.
  6. Pada akhir tahun 1976, Pat Robertson meramalkan kiamat akan berlaku pada bulan November atau Oktober 1982. Dalam siaran The 700 Club pada Mei 1980, dia menyatakan, "Saya yakin pada akhir tahun 1982 akan menjadi hari penghakiman di dunia."
  7. Leland Jensen and Chales Geynza daripada kultus Baha'i meramalkan pada 29 April 1980,  dunia akan kiamat akibat perang nuklear. Mereka kemudiannya membina tempat perlindungan di pergunungan AS.
  8. Marina Tsvigun, Mary Davy daripada kultus White Brothers (kultus orang Ukraine-Rusia) mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa dan meramalkan dunia akan kiamat pada 10 November 1993.
  9. Sheldonp Nidla, seorang peramal dari AS meramalkan dunia akan kiamat pada  17 Disember 1996, disebabkan kemunsulan makhluk asing dan para malaikat.
  10. Chelyabinsk meramalkan bumi akan dilanggar komet seterusnya kiamat pada 1998.
  11. Alexei Priyme, seorang penulis dan ahli astrlogi dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada 19 Julai 1999.  Apabilaia tidak berlaku, dia mengubah ramalannya pada 7 Julai 2002 jam 3:00 pagi.
  12. Kontakterov Ozersk dari rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada Oktober 1999 akibat ledakan supernova.
  13. "imam mahdi" Syamsuri pernah meramalkan 9 September 1999 adalah hari kiamat. ratusan orang diajak ke tempat pertapaannya bagi menyambut kiamat pada jam 9:00 pagi (waktu tempatan). Sebelum sempat ramalan itu terungkap (tidak menjadi), dia ditangkap oleh pihak polis. Dia kemudiannya dihukum penjara 11 bulan. Apanila ramalannya terbukti meleset, dia memberi alasa, "Kiamat tetap akan berlaku dalam waktu yang terdekat". Itu sebabnya selepas dibebaskan dari penjara, lelaki dengan 15 orang cucu itu mengusahakan kebun limau di belakang rumahnya.
  14. South Korean Church Semona Che and Park meramalkan Nabi Isa akan turun buat kali kedua pada 28 Oktober 1992, dan disusuli dengan kiamat pada 6 Disember 1999, 6 petang.
  15. Hieromonk Arsene, orang Romania yang mengaku dirinya seorang Nabi meramalkan kiamat akan terjadi pada 11 Ogos 2002, jam 4:00 pagi. Dia menasihatkan semua pengikutnya supaya berlindung di Gunung Athos. menurut Arsene selepas 3 hari 3 malam, hanya mereka yang suci disisi Tuhan akan diselamatkan.
  16. Mangapin Sibuea, seorang paderi Kristian dari Bandung Selatan Indonesia yang mengaku dirinya adalah rasul meramalkan pada 10 November 2003 (antara pukul 9 pagi hingga 3 petang), Nabi Isa akan turun dan membawa anggota kultus itu ke syurga. Akhirnya pihak polis dan Team Crisis Centre membawa lebih daripada 200 orang pengikut kultus itu ke Gereja Tabernakel Lengkong Bandung bagi mengelakkan kegiatan membunuh diri beramai-ramai.
Pelbagai contoh ramalan kiamat diatas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh kiamat secara tepat. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui waktu bila kiamat akan tiba. Bahkan Nabi Muhammad SAW selaku Utusan Terakhir sendiri tidak mengetahuinya.

Penubuhan MALAYSIA sudah di rancang sejak 1889 oleh USA : kertas kerja HARVARD UNIVERSITY

1) kajian yang telah dijalanka n oleh UNIVERSIT I TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbir an dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancang an penjajah barat memecah-belahkan dan melemahka n dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON! 

2) kritikan perancang an penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentan gkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSIT Y!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakka n di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletaka n batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard Universit y.. USA panggil dia "specialis t on nationali sm in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih..


3) aku rasa macam nak menangis je bila jumpa benda ni semasa aku cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika aku berasa amat hairan kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak klaim nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA.

4) rupa-rupanya perancang an negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikann ya di HARVARD UNIVERSIT Y pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and internati onal relations in Harvard Universit y (gambar disertakan)

5) dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenain ya diterbitk an di Universit i Teknologi MARA.... kuat betul perisik CIA nih
"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippin es.Editor : Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Governmen t Printing Office, Washingto n, 2001."

6) Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuha n Kebangsaa n Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeri skan menjadi United Malay National Organisat ion(UMNO) atas sebab British mengharam kan semua parti yang tidak diInggeri skan


Di fitnah teruk oleh bangsa sendiri

7) Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalanka n di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatang kan kebimbang an kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakk an orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangk annya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirk an kepada umat Melayu Semenanju ng ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempur nakan pekerjaan 2 dan tanggungan saya itu…“
rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletaka n batu asas



antara bangunan FREEMASON di JOHOR (perhatika n betul2 apa dia tulis di peti suratnya dan lambangny a)

7) Gagasan USA tentang Malaysia sepertima na yg dihasratk an Rupert Emerson (kemungkin an besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhka n Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

8 ) Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggap an Singapura sememangn ya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahny a melupakan derita suatu pengorban an cita2 masa lalu yg gagal. Perlembag aan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdeka an, Barisan siut dan penangkap an ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharam an pilihanra ya majlis tempatan atas kemenanga n hampir seluruh kerusi kepada Barisan siut. Presiden Pas, Dr Burhanudi n Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”

9) Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipula h kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerinta h dan generasi yang bagaimana patut dilahirka n oleh negara Malaysia itu kelak.

10) Realitiny a, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancang an ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)

11) sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerinta han Najib Tun Razak kerana pencatura n Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!
R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertandin g tapi kalah kepada Dr.M M)
A - Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjara kan atas tuduhan liwat/sodomi)
N - Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertandin g kerana tiada lagi orang ada nama N)

12) "Kerajaan telah memilih Perang Besar" (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini :http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1692

mengikut perancang an ILLUMINAT I.. di mana FREEMASON telah bergabung dengannya .. Perang Dunia Ketiga mesti dijalanka n disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Governmen t, perhatika n huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Governmen t!

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New Internati onal Version)

14) mengikut ramalan orang Yahudi berfahama n zionis yang sekarang sedang menguasai negara Israel serta parlimen USA (ditubuhka n oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung dengan gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINAT I).. Keturunan dari Keturah/Quntura/Ketura iaitu isteri ketiga nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah akan lahir di Timur Dunia, sebelumny a Allah menurunka n Nabi Isa atau nama lainnya Jesus kembali ke bumi untuk membanter as Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar, padahal dia menipu (aku pernah baca bahawa dia adalah Samiri pada zaman Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangka n umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta "tuhan" berbentuk LEMBU yang diperbuat dari emas yang dikumpul dari seluruh kaum Yahudi dan selepas dia mentaburk an sisa-sisa tapak malaikat Jibril itu, tiba2 boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatk an kesemua kaum Yahudi dengan mengataka n LEMBU EMAS, "lembu suci", "holy cow" itu adalah tuhan... cerita ini ada dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, dan ajaran Samiri ini kemungkin an besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercaya an kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)

15) dengan kepercaya an kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah /Quntura/Ketura ini akan mencabar dan mengalahk an mereka, kebanyaka n negara kuasa Timur cuba dilemahka n dan dipecahka n manakala kuasa barat cuba dikuatkan .. dunia Melayu dipecahka n kepada paling kurang enam negera - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur.. dunia Cina dipecahka n kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong.. dunia Korea dipecahka n kepada Korea Utara dan Korea Selatan.. cubaan menguasai Vietnam.. serta dibom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tentera termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta serta diberi bantuan ketentera an melampau kepada Singapura (perhatika n sistemnya hampir sama dengan Israel semasa Israel menang peperanga n 6 hari dalam hari dengan negara2 Arab) serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketentera an Singapura .. Lee Kuan Yew namakan mereka sebagai The Mexican.. serta dibinanya fahaman politik2 didunia ini seperti komunis dan siut moden yang pengasasn ya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi, serta mahu seluruh dunia mengamalk an demokrasi yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga dilagakan USA dan RUSSIA yang terletak disebelah timur dunia.. dan diciptany a GOOGLE dan FACEBOOK yang pengasasn ya juga adalah Yahudi serta dibelinya YOUTUBE dan juga dikuasai kebanyaka n media-media utama dunia, diasaskan juga HOLLYWOOD serta diasaskan kebanyaka n syarikat2 studio perfilema n di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZA TION.

16) antara perkara yang amat menghaira nkan juga macam mana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang strategi Foundatio n For Future (sebuah pertubuha n yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkwan amat rapat dengan Paul Wolfowitz (perancang utama peperanga n di Iraq dan Afghanist an).. manakala Najib seperti mengungka pkan misi utama ILLUMINAT I atau FREEMASON ini 1World Governmen t : New World Order.. serta pilihanra ya Malaysia dulu semasa era pemerinta han Abdullah Badawi diadakan bertarikh "13" (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINAT I).. dan apakah pentingny a nombor "7" dalam FREEMASON? bubuh batu asas FREEMASON di Pulu Pinang pada tahun 1927, perancang an dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengingsy htiharan "kemerdeka an" negara Malaysia pada tahun 1957..





LUCIFER show 1World Governmen t sign.


17) fahaman FREEMASON, ILLUMINAT I, ZIONIS ISRAEL..
They (no matter what race) who sold their soul to the ‘MASTER‘ to do all the above will be given the power:

a. to induce spiritual blindness

b. to convince

c. to convert

d. to corrupt

politik dunia ini semuanya seperti sudah dirancang semuanya oleh FREEMASON dan bangsa YAHUDI.. di facebook tulis “what are you thinking” dan google sebenarnya ada satu pangkalan data khas serta graf dan macam2 lagi untuk mengetahui mengetahui apa sebenarnya manusia suka cari di internet… semuanya adalah perancangan yang amat rapi!