8 November 2011

Nelayan Darat

Dalam sedar dan tidak sedar (separuh waras kot??) rupanya minat aku dalam bab pancing memancing ni makin menjadi-jadi. Ntah apa yang buat aku jadi semakin minat. Padahal bukan selalu dapat ikan pun. Memancing sampai jam 4 subuh pun sanggup, padahal ikan tiada dapat, mungkin ikan tengah tidur kot? Siapa tau kan.. ohhh baru aku tau, aku ni tiada pengalaman memancing, rupanya bilang orang-orang lama air laut sejuk, tidak sesuai untuk memancing. Tapi bagi Noob macam aku ni, “apa saiya paduli, asal kail masuk laut, senyum-senyum la tunggu ikan makan” hahahahaha padahal ikan tiada selera mau makan pun. (padahal… padahal.. ehhhh puihhhh syall lahh.. hahaha)

Tapi biasalah tu, orang baru berjinak-jinak mau menjadi “nelayan darat” (ok la ni kan, dpd jadi buaya darat..hahaha) kenalah belajar pelahan-pelahan. Banyak benda juga mau di belajar ni. Stakat yang aku tau la bab-bab memancing ni, kena tau juga air pasang ka surut, kalau surut ni, kurang ikan, tapi kalau di laut pasang surut nda kisah sudah, ikan tetap ada, Cuma kena tau “lubuk” la.                            

Selain tu, kena tau juga umpan yang sesuai. Kalau aku, aku suka guna udang idup, sebap dia buli berenang-renang di laut, jadi ikan senang nampak, lalu memakan ia (mcm skema plak ayat aku,,hahaha) Lagi satu udang idup tidak bau.hahahaha klu yg mati, biasalah tu bau hanyir-hanyir tu. Selalu memancing memang udang la umpan aku, padahal banyak lagi umpan lain, contohnya, ikan remaan (klu x silap la), sotong, pun-pun (geli aku ini barang, kuat baunya lagi) umpan tiruan pun buli juga.

Kalau pilih umpan pun bukan kena sebarang, kena ngam dengan tempat memancing juga dan ikan apa yang mahu di pancing. Contohnya ikan kerapu, ikan kerapu ni tidak memilih umpan apa, pasal apa yang aku tau, ini ikan pemalas. Hahahah suka betapuk di batu-batu, kalau umpan jatuh di depan dia, dia tidak kasi lama, sambar langsung, lagi-lagi kalau umpan yang di gunakan KFC J) siap dia minta yang hot and spaicy lagi ..hahahaha
Kalau pari pula (suda lama menunggu aku dalam air,aku ja malas kasi naik.hahahaha/ikan yang di buru sekian lama ni.hahaha) ikut apa yang aku tau la, ikan ni suka udang idup, ikan basung, sotong makan juga kadang-kadang.

Memancing ni kena ada “skill” juga. Paling penting ni, bak kata pepatah moden “ biar kalah ikan, jangan kalah skill” dapat atau tidak, buat muka banyak dapat, kontrol macho, set dalam hati “mana saiya mau kalah” hahahahah. Skill maksud aku ni, kena pandai contohnya, kalau ikan makan apa patut kena buat, memancing di batu-batu macamana, memancing di pasir macamana, kena tau itu barang, kalau tidak tau, parah la, kalau tidak sangkut, putus, kalau tidak putus, ikan lepas, kalau ikan tidak lepas, buang umpan, kalau tidak buang umpan, syukur la.hahaha kalau buang umpan juga, bagsu balik rumah tidur..hahahahaha skill lain, cara ikat perambu (perambu ka perambut??), perambu besar, kadang ikan nda makan juga, kalau telampau kecil, takut putus pula, paling penting tengok tempat, kalau di laut, kena pakai tangsi besar la, kalau di tepi pantai, agak-agak ikan besar macamana ko dapat? Kalau aku guna tangsi 0.33 sampai 0.4, antara tu la, 0.33 suda 11kg lebih baru putus, lojik ka ada ikan besar 11kg tepi pantai??(lojik ba kalau suda rezeki.hahahaha apalah, aku tanya aku jawab balik.hahaha)

Pemilihan pemberat dan kail juga penting, kalau pemberat terlalu berat, ikan makan pun tidak terasa, tapi kalau memancing waktu air bergerak pasang atau surut, memang kena guna pemberat yang berat la, kalau yang ringan, hanyut la, ikan julung-julung ja yang makan.hahahaha Pemilihan mata kail pun kena sesuai dengan keadaan, bayangkan kail besar gajah, umpan sejemput d hujung kail, tidak ka ketawa ikan tengok, mesti ikan tu cakap “ ada juga org macam ni, bodo yang bertindih-tindih” hahaha kalau mata kail terlalu kecil pula, nanti ikan tertelan pula, bila di tarik pancing tu, telepas la ikan, paling-paling dapat kerongkong ikan.hahaha (kesian pula ngan ikan tu, jadi bisu.hahaha)

Ada lagi la perlu di ambil tahu kalau mahu menjadi “Nelayan Darat” ni, banyak benda lagi aku mau belajar ni, makin lama, makin banyak yang aku tahu. Rupa-rupanya memancing ni tidak semudah yang di sangka, kalau dulu mincing stail kampung-kampung ja, main “keroyok” ja, asal ada pemberat, kail melekat, ikan bedukang makan, itu la memancing..hahahahaha yang lucu, ada juga member 1st memancing di laut, buli-buli pancing dia ada pelampung.hahaha ingat ini memancing di parit-parit ka.hahahaha ada lagi yang beli udang “sushi” (suda buruk,merah-merah lagi ging). Tgk rupa pun tau rm2 satu bakul.ahahaha

    ~Pertandingan memancing anjuran LKM
      Lokasi : Jesselton Point. 


My Imagine kalau nda dapat ikan :

Dalam kepala aku, kalau tidak dapat ikanG, mau-mau ja aku guna plan kedua. Tapi kesian, betul-betul ini barang mission imposiBel..U know what? (aisehhh speak bajau prancis la pulaQ) barang ini sulit, jangan dedahkan kepada orang yang tidak berkunjung ke blog ni. Ok let me tell u (bju Fran lagi.hahah) imagin aku kan, is, u know a cat? Yess encik.kucing.. suka makan ikan kan. In my mind, aku bagi kucing tu oksigen, ikat tu kucing d pancing aku, buang tu kucing tu p laut, suru dia memburu ikan, aku bagi jak dia cincai-cincai la pisau, pandai-pandailah dia cari ikan dalam laut tu..hahahahaha nonsense betul… whatever..hahahahahhaha

2 comments:

DaLink Freestyle said...

panjang jgk karangan ko hini sapiji =)) brp patah perkataan hini =))=))

PG CRONIC said...

berpatah-patah kata perkataan :))=))

Post a Comment