14 November 2011

Camping MEnU Crew @Karambunai Lagoon Park - 12/11/11

Lokasi : Karambunai Lagoon Park
Tarikh : 12/11/2011 – 13/11/2011
Masa   : Deal jam 2 PM, tapi datang jam 5 PM
Kehadiran : Dalink_impian, Rose_nanacey, Nurul_izzah, Atey_peace, Detz, Cheng, A'an, Tam, Eden, Mamat dengan bakal isteri, dan saiya (Pg_cronic aka elol)



   Hasil daripada rundingan lincah  antara ahli-ahli majal MenU Crew , satu kimping (camping) telah di adakan bertempat di Karambunai Lagoon Park. Tarikh permulaan kemping yang di cadangkan ialah 5/11/2011, tetapi oleh kerana terlalu ASAP (as soon as possible) dan ada ahli yang tidak dapat meluangkan masa pada tarikh tersebut (sibuk dengan hal dunia yang lain :v ) maka kimping telah ditunda ke minggu hadapannya iaitu pada 12/11/2011. Bak kata pepatah Majal Inside, “ Barang ini mesti jadi, pantang undur kalau makan kecuali Checking


   Mengikut jadual perjalanan, acara akan bermula pada sekitar jam 2 petang, oleh kerana terlampau freestyle , dan terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan, delay punya delay, kemping berjalan pada sekitar jam 4 petang. Group pertama yang sampai, Detz, Rose Nanacy, Atey Peace dan Dalink Impian, diikuti oleh group kedua Eden dan Tam diikuti group ke tiga iaitu saya sendiri, Elol, Pg, dan udang-udang. Seterusnya ketibaan almarhum Ceng, Nurul izzah dan Ann, dan seterusnya group kelima Mamat dengan bakal isteri beliau. Kedatangan ahli-ahli kubur adalah secara berperingkat kerana semuanya berasal dari sekitar sabah, (jauh tu Bai..:v) dan kehadiram kesemua ahli pada sekitar jam 5.15 petang.

Peserta kimping paling awal sampai
Dari kiri cepat jalan : PP,Atey, Pian dan rose
  

    Aktiviti pertama adalah memasang kima ( Khemah), dan oleh kerana hari dah hampir senja nan merah , terpaksalah kima di pasang laju-laju. Seramai Sebanyak 5 buah kima telah di dirikan termasuk satu kima untuk menyimpan segala bekalan makanan. Selesai pasang kima, ada suda yang tidak sabar untuk memancing, ada juga yang ngedor-ngedor (terketar-ketar) pasang kima laju-laju sebap tidak sabar mahu mandi, yalahkan hari mahu gelap sudah. Acara pasang kima selesai sekitar jam 5.40 PM, dan acara seterusnya freestyle,ada yang memancing , mandi laut walaupun suda gelap, kena tarik kaki kamu oleh galap (hantu laut) baru kamu tau :v dan ada yang mula menyalakan api untuk Berbeku BBQ.

En Eden bersedia dengan joran beliau :)

    Sekitar jam 7.00 PM, Acara BBQ bermula, menu kami, nasi tapau (mahal ni RM1.50, kalau detz jual 50 sen ja dia bilang), sosej, dan kepak ayam. Semua yang di panggang disaluti madu =p~. Dengan kemahiran menyalakan api untuk membakar rumah Almarhum Ceng dibantu tukang pom Nurul Izzah, arang untuk BBQ dinyalakan dengan mudah. (kasi senang ati dorang yang kasi idup arang, padahal kapus2 juga aku tgk drg kasi idup api .haha ) Tidak lupa juga tukang Jampi (renjis air) Dalink Impian yang berjaya mengawal api dari terus membakar menu kami. (Buli suda jadi bomba, nanti jumpa lalat@tommy untuk temuduga dan ujian stamina angkat kepala paip besar) Tanpa buang masa dan merujuk kepada pepatah Majal Inside “jangan kasi lama kalau makan-makan” kami pun memulakan acara makan-makan sekitar jam 8.00 PM.

    Sekitar jam 9.00 PM acara freestyle lagi, santai-santai menikmati makanan yang di sdiakan, (mcm sedap jak, padahal makan kuaci dengan ikan-ikan kering jak..hahahaha) sambil bercerita gossip-gosip sikit, mengenang masa lalu dan masa depan, berhibur dengan lawak ampas-ampas yang spontan, dan juga memancing.

Santai-santai selepas makanG.

      Acara memancing kurang best sikit, sebab tidak dibenarkan memancing di atas pelabuhan kapal sudah, tapi oleh kerana kelasakan + kemajalan, kami maju juga memancing atas pelabuhan, selepas runding en.guard, kami dibenarkan memancing 30 minit jak di atas pelabuhan, tanpa membazir masa itu emas, kami mula membaling pancing dari atas pelabuhan, baru sekejap membaling, Detz mula kasi naik ikan tambak @ ikan pisang-pisang, nda lama kemudian Tam kasi naik jenis ikan yang sama, di ikuti oleh saiya ikan jenis yang sama juga.



            

> Memancing dari jam 5.40 PM sampai jam 12.00AM membuahkan hasil tangkapan ikan sebanyak 6 ekur    termasuk satu ekur ikan bedukang besar.

Pada jam 12.00 AM, kami meraihkan hari kelahiran Atey_peace. Rancangan sulit mengantak beliau kurang menjadi, kerana kesilapan teknikal. Sewaktu memulakan rancangan antakan, dengan taktik mengambil gambar, kelambatan pikap yang tiada turbo + haruman bedak muka ceng, menyebapkan atey mengetahui rancangan untuk mengantak beliau, dengan bakat olahraga yang dimiliki beliau, beliau telah melarikan diri dengan berkaki ayam sepantas kilat. Berlaku adegan kejar mengejar seperti polis mengejar mat rempit.

Selamat hari lahir to Atey

   Tidak berapa lama kemudian, atey menyerah diri di balai polis yang berdekatan dan menerima antakan hari kelahiran secara tidak rela :v. Selepas antakan, dengan idea kreatif yang ada, kek biskut mary dan kek coklat yokok diletakkan lilin besar untuk di tiup oleh atey sambil di nyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi”. Sungguh meriah walaupun simple dan spontan.

   Sekitar jam 2.00 AM (13/11/11), Acara menyalakan arang sekali lagi di lakukan oleh saiya dan ceng, kali ini untuk membbQ hasil tangkapan Nelayan Darat (hasil ikan yang di pancing). Macam biasa, kompom disaluti madu. Kami meratah ikan tersebut tanpa buang masa apabila sudah masak.


saiya dan ceng -  Sempat berPosinKselepas menyalakan api arang untuk bbq

Hasil tangkapan kami, ikan tambak masak madu =p~ 
Kemudian dipendekkan cerita, sekitar jam 3.00 Am, acara bertiduran. Ada yang tudur dalam kima, ada yang tidur di bawah ‘pandung-pandung’ atas carpet merah, sungguh santai abis. (Saiya tidur dalam kima, dalam kima pn banyak nyak nyamuk, eran saiya, sampai skrg kaki masi gatal2 kena geget nyamuk.. dem~!!)

Bertiduran - gelagat mereka ketika keletihan

Keletihan menarik ikan bedukang :)) 


Sekitar jam 6.00 AM, ahli kemping mula bangkit dari tidur, ada yang masi tidur juga, tiada kompromi kalau bab tidur biar hujan dan banjir dalam kima (Berdasarkan pengalaman sebenar hahaha). Sedikit ganguan apabila kami diminta berpindah tapak kima, kerana tapak kima kami akan di buat satu event pada hari tersebut, so terpaksa pindah jauh sedikit dari tapak asal. Tapi apa mereka-mereka paduli, ada yang sempat menyambung tidur semula (atey dan rose :v)

Selesai acara pindah kima, kami teruskan acara mandi-manda di pulau berhampiran. Suasana pagi yang nyaman, air laut surut, tapi dengan kelasakan yang ada, kami antaQ juga mandian laut itu. Selepas acara mandi, kami bersarapan pagi, lapar neh, segala makanan yang ada di santap, sekali lagi pepatah “ mana saiya undur kalau makan-makan” di gunakan :v. Kemudian kami terjun semula, bermandi manda untuk kali terakhir sebelum berkemas untuk pulang. Sekitar jam Jam***t, Jambatan, Jambul lupa suda saiya jam berapa, (maboq laut punya kes kali neh?), kami pun berkemas, packing kima dan apa yang patut, sambil di hiburkan dengan lawak guling-guling spontan masing-masing. Tiak ketinggalan juga ambil gambar sekolah (kenangan) dan gambar-gambar freestyle. Bak kata pepatah Majal Inside, “ lupakan hal dunia, tahan napas, kita begambar duluan “ hahahahha.

Sempat bergambar sebelum terjun laut (muka-muka belum mandi :))=)) ) 

Mandi laut - gaya kura-kura jiajah @ abu sayap :))
Gaya freestyle dongor2 berjemur.hahaha

Freestyle - Sementara menunggu masa untuk berangkat pulang, sampai memanjat pokok Bai~!!

MEnU Crew


    Lokasi penutupan acara kimping adalah di Restoran Seri keningau, Taman Indah Permai. Agak mencuri tumpuan tumpuan pelanggan yang makan di situ kerana, kami berpakaian seragam Limited MenU Crew J  makan dengan penuh selera tanpa menghiraukan pelanggan lain.hahahaha Apa saiya peduli kalau suda lapar :v Setelah kami membaham hidangan yang di Order masing-masing dengan rakus, (maca org baru keluar dari hutan.. hahahaha) kami mengakhiri acara Perkemahan di Karambunai Lagoon Park dengan salam perpisahan (sementara), tanda berakhirnya acara yang telah melakarkan kenangan mansi dan bermakna buat kami semua yang menyertai perkhemahan tersebut. Hanya kita mengetahui apa yang kita lalui, dan akan indah bila di kenang suatu hari nanti, pasti!. Semoga ikatan persahabatan kita selama ini semakin erat dan lebih bermakna J .

Gambar kenangan kelas tahun 2011
Dari kiri : Ann, Pg, Pian, Detz, Atey,Ceng dan Rose

Feestyle Picture
Dari kiri : Ann, Pg, Pian, Detz, Atey,Pp dan Rose

Freestyle

P/s : Thanks kepada semua yang telah berkerja keras dan terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan aktiviti ini. Next time kita buat lagi, biar simple asal style . Kepada yang tidak join, atau tidak dapat join, harap dapat join bila kita buat camping lagi. Kehadiran sangat-sangat di alu-alukan.

0 comments:

Post a Comment