Showing posts with label lucu. Show all posts
Showing posts with label lucu. Show all posts

29 December 2011

Lontarkan Kata-Kata Yang Lojik

Orite kalini kita crita pasal kata-kata manis masa becinta, Eleh tipulah kalau korang tak penah melontarkan kata-kata yang "sweet" gitu untuk mengambil hati pasangan korang..hahaha jadi jom kita tengok lojik ATAU tidak.



LONTARAN KATA-KATA CINTA YANG MANIS...
aku tak boleh berenggang denganmu walaupun seminit.

TETAPI LOGIKKAH KATA-KATA CINTA ITU?
Seminit pun tak boleh berenggang? bila masa pulak mau buat kerja lain. Mau pergi toilet pun mau ikut? kata x boleh berenggang seminit, kalau da bera batu berjam-jam, apa kes tu bai? hahaha


27 December 2011

Kenapa Aku Pecat Sacretary Aku?


Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35 dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu. Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akan mengucapkan dengan penuh sukacita. Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang. Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi.


Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat kalau hari ini aku berulang tahun. Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya aku berangkat ke pejabat dengan perasaan penuh kecewa dan sedih. Di pejabat, Ketika aku masuk ke pejabat, sekertariku, Janet, menyapaku Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingat hari ulang tahunku.
Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu bilikku dan berkata, Apakah tuan tidak menyadari bahwa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah hari ulang tahun tuan, mari kita pergi lunch, hanya kita berdua.

20 December 2011

Isteri Dengan 3 Permintaan


Alkisah seorang isteri yang bergaduh dengan suaminya. Kerana marah si isteri ini lari ke dalam hutan meninggalkan suaminya. Adapun di dalam hutan tersebut maka terserempaklah dia dengan jin yang terperangkap di dalam botol. Maka berkatalah jin tersebut kepada si isteri tersebut. " Jikalau kau membebaskan aku maka aku akan tunaikan permintaanmu". 


Setelah berfikir sejenak maka bertindaklah si isteri tersebut membebaskan jin yang terperangkap di dalam botol. Setelah dibebaskan jin tersebut maka bersuara si isteri kepada jin. "Sekarang kamu makhluk untuk menunaikan permintaan dariku ini". Maka berkata pula jin tersebut. "Adakah kamu sudah berumahtangga?"
"Sudah, tapi mengapa ditanya? " Balas si isteri. "Kalau begitu aku berimu dua pilihan. Pilihan pertama kamu mendapat satu permintaan, dan pilihan kedua kamu akan mendapat 3 permintaan tetapi suamimu akan mendapat sepuluh kali ganda dari apa yang kamu minta".


Setelah memeras otak maka si isteri memilih untuk mendapat tiga permintaan. Sekali lagi jin tersebut memberi amaran bahawa suaminya akan mendapat sepuluh kali ganda permintaannya itu. Setelah bersetuju maka berbunyilah permintaan si isteri.


Permintaan pertama : "Aku hendak menjadi wanita tercantik di dunia." 
Jin berkata : "Suamimu akan menjadi lelaki yang terkacak di dunia".
Di dalam hati si isteri : "Tak apa... Sebab aku adalah wanita tercantik".


Maka tertunailah permintaan pertamanya itu.


Permintaan kedua: "Aku hendak menjadi wanita terkaya di dunia." 
Jin berkata : "Suamimu akan menjadi lelaki yang terkaya di dunia dan hartanya sepuluh kali ganda darimu".
Di dalam hati si isteri : "Tak apa... Sebab hartanya, harta aku juga".


Maka tertunailah permintaan keduanya itu.


Setelah dua permintaannya ditunaikan maka timbullah rasa dendam di dalam jiwa si isteri tersebut. Maka permintaan si isteri yang terakhir adalah "Wahai jin, permintaan ketigaku adalah aku mendapat serangan jantung yang ringan".


Tanpa persoalan maka jin tersebut menunaikan permintaan tersebut. 


Moral: Kaum Adam beringatlah bahawa wanita itu bijak, maka janganlah mencari pasal dengan mereka.


Perhatian kepada pembaca wanita : Ini adalah pengakhiran cerita untuk kamu. Teruslah berasa bahagia dengan cerita ini.


teruskan membaca. Cerita lelaki masih belum tamat.. 

Memperkenalkan En.Ciput

Dalam perjalanan dari rumah Cik Atey, untuk berLepak Santai @ Hari Pengantakan Geng Majal MenU Crew, saiya ternampak kelibat “benda lowet” sedang maju ke depan tanpa tujuan, tanpa membuang masa, saiya pun menegur sapa, belum sempat saiya mendekati, laju-laju beliau bersembunyi. Ohh. Pemalu juga beliau ni.. “Encik.. encik nak ke mana?” Namun beliau masi bisu, diam seribu bahasa, dewa19_pupus  Ohh jangan panik jangan risau, sebenarnya beliau adalah seekor kura-kura jiajah yang di beri nama EN.CIPUT.

Dalam perjakanan menghantar beliau ke rumah Cik Atey, bergema suara Cik Atey berteriakan, takut-takut kalau kepala En.Ciput keluar menjenguk apa yang berlaku. Tapi kan En Ciput ni pemalu, so nothing happen, emosi betul juga Cik Atey ni.

17 November 2011

Lawak : Terkencing ketika di samun

HAHAHAHA serius lawak. kesian pun ada, sorang lelaki ni kena samun, sampai terkencing-kencing, perompak tu pun kegelian mau pegang dompet terkena kencing tu..hahaha bila keluarkan duit, terhambur-hambur lagi.hahahaha jom layan video d bawah ni..hahahah