30 August 2014

A Journey - MT KINABALU PART 1


Laluan Joging @Teluk Likas
uwahhhhhhhhh tengah menikmati juadah hari raya, tiba-tiba kepala teringatkan aktiviti mendaki gunung, dengan keadaan perut penuh dengan kuih-muih, rendang ketupat, segala juadah, terbunuh seketika nafsu makan, memikirkan apa akan berlaku jika mendaki tanpa stamina. Huh mahu tak mahu, dengan keterpaksaan aku melarikan kaki di atas track joging teluk likas. Kaki yang berlari, kepala memikirkan juadah hari raya, seperti tidak memijak tanah, bila tersentap, da sampai hujung ke hujung. huh bila da sedar dah jauh terlari mahu patah balik, jauh sangat, muncul idea kreatif, tahan bas untuk kembali ke pangkal permulaan. Selesai masalah.

Misi kali ini disertai oleh tujuh (7) orang peserta yang cukup bersemangat, dengan stamina yang mantap la jugaSegala perancangan tersasar dari jadual atas alasan yang munasabah, dan boleh di terima akal. Maafkan kami kerana tidak menepati masa ("ok.. di maafkan, lainkali janga buat lagi"..mohon kawan-kawan jawab mcm ni plz :) )



ini adalah KAMI..!!!
 Azlan, Aza, Yuni, Lehot, Efi,Piji dan Azizan(12 Ogos 2014)

Hari Pertama 11-08-2014

Perjalanan dengan Azizan (Boss Zizan) dari Kota Kinabalu adalah pada pukul 6.00am, oleh kerana kecederaan yang tidak dapat di elakkan, boss zizan terpaksa berhenti di perhentian Shell Tamparuli untuk memeriksa keadaan kaki beliau yang tercedera akibat penyertaan beliau dalam acara Larian ntah apa ntah. (mungkin dia nak cover penyakit Gaot..hahaha). Setelah membuat pemeriksaan, aku sendiri sahkan beliau tidak dapat meneruskan pemanduan, dan perlu mencari penganti sebagai pemandu perjalanan ke Kinabalu Park. Setelah menjenguk keadaan sekeliling, hanya ada Pam Attendent shell yang kelihatan, tanpa membuang masa, aku tidak pedulikan Pam Attendant tersebut, kerana dia tidak berkaitan dengan perjalanan kami..hahaha Aku sendiri yang akan menggantikan posisi boss zizan sabagai pemandu. Well.. jalan nampaknya berkabus, ya.. ini alasan yang baik kenapa kami lambat tiba di Mesilau Gate. (Jangan marah ya kawan-kawan). Setelah mengharungi perjalanan yang berkabus, jammed yang sekali-sekala akibat lori-lori yang memandu mendaki perlahan, akhirnya kami tiba di Kinabalu Park sekitar jam 9.00am.

Ketibaan kami disambut bunyi kicawan burung dengan haruman segar tumbuh-tumbuhan hijau semulajadi di samping  pemandangan Gunung Kinabalu yang indah. Menambahkan lagi semangat kami untuk menawan Gunung Kinabalu. (hakikatnya:  Itu hanya cerita rekaan untuk mencantikkan gaya bahasa yang rosak teruk...hahaha dan ketibaan kami tidak di endahkan oleh burung mahupunn manusia..Forever Alone..masing-masing sibuk dengan persiapan menawan Gunung Kinabalu, dan cuaca pada pagi itu berkabus, Gunung Kinabalu di tutupi embun pagi..hamphhhh…)

Setelah selesai untuk pendaftaran, membuat bayaran Guide, pembayaran tambang (Kinabalu Park – Mesilau Gate – Timpohon Gate – Kinabalu Park) dan mengambil bekalan Lunch di Ballsam Lodge, kami meneruskan perjalanan ke Mesilau Gate dengan menaiki bas yang di sediakan. Setelah menempuhi beberapa minit perjalanan, kami tiba di Mesilau Nature Resort. Dari jauh sudah kelihatan rakan-rakan kami yang bersama-sama akan menawan Gunung Kinabalu iaitu Epi, Azlan, Aza, Yuni dan Lehot. Dari riak wajah mereka, kelihatan satu reaksi yang sukar dijelaskan, adakah semangat bekobar-kobar, keterujaan yang terlalu, ataupun panic memikirkan kemampuan untuk mengharung perjalanan menuju puncak. Akan tetapi, mengikut firasat hamba, mesti mereka tengah bengang kerana telah menunggu lama ketibaan kami. sekali lagi minta maaf kawan-kawan :D Aktiviti dijadualkan bermula pada pukul 7.00am,tetapi disebabkan masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan aktiviti terpaksa bermula pada jam10.00am. (sekali lagi alasan yang sama diberikan). 

Secara peribadi, pertama kali mendaki menggunakan laluan Mesilau Gate terasa sangat-sangat mencabar ketahanan fizikal dan mental. Perjalanan yang berliku-liku penuh bukit bukau, turun dan mendaki sangat-sangat memerlukan ketahanan stamina dan azam yang kuat. Akan tetapi, jika kekuatan stamina tidak mengizinkan, kita boleh bergantung pada kekuatan mental. Buktinya rata-rata geng pendaki kalini hanya berbekalkan kekuatan mental tetapi kurang bersedia dari segi fizikal. Apa yang penting?? kerja sama  bekalan makanan!!. Memahami keadaan semasa, baru lepas menyambut Hari Raya, beraya sakan..makan sampai tak ingat nak berjoging..kan kan kan


Senyum berpahat @2KM
Seperti pendakian sebelum-sebelum ini, dan kebanyakan pendaki lain, senyum manis dan tawa riang masi berpahat pada permulaan langkah mendaki, setiap KM point akan bergambar, senyum berpahat sampai ke teingna, dan bila ke KM poin seterusnya akan beransur-ansur hilang senyuman, sehinggalah sampai ke Laban Rata, pipi yang tembam akan mula rasa kebas, nak tarik senyum pun payah.. kebas angkara keadaan cuaca gunung yang sejuk sehingga 4-8 Darjah Celsius bergantung pada cuaca. Tapi tidak bagi Kapten Aza yang sentiasa bertenaga sehingga teriakan dalam hutan masi terngiang-ngiang di telinga. hahaha "kawan-kawan, cepat laaaaaaaaa.... dah nak sampai ni...!!" tapi baru 3KM perjalanan, ada 5KM lagi utk sampai Laban Rata.. tidak pasti, aza dah nak sampai kemana..hahaha


Kapten Aza yang sentiasa bersemangat :)
Perjalanan yang agak santai, dengan cuaca yang baik sangat-sangat memberikan kami peluang untuk mennikmati keadaan sekeliling, melihat pokok bongsai, periuk api kera,tupai yang jinak dan pemandangan sekeiling. Perhentian setiap pondok kami manfaatkan dengan berehat seketika, menunaikan solat, makan dan minum. langkah demi langkah, dengan anggaran kelajuan pendakian 1KM = 50 Minit, akhirnya kami tiba di Laban Rata Pada pukul 7.00PM. Keletihan terlupa seketika dengan suntikan semangat baru  meresap kedalam diri dengan kejayaan pertama apabila tiba di Laban Rata Reast House. Melihat keadaan sekeliling yang sudah mula diselimuti kegelapan malam, benda yang bermain dalam fikiran adalah makan malam dan selimut untuk tidur yang lena!!




Hari Kedua 12-08-2014

Tepat jam 1.00am, kedengaran bunyi kecoh peserta yang hendak menawan Gunung Kinabalu, hahh kalau dah terlupa nak set jam untuk mendaki ke puncak pada jam 2.am, tidak perlu alasan tak dapat bangun, tak ada org kejutkan,  tak ada ayam berkokok, anda akan Confirm TERbangun dengan suasana bising peserta yang lain, so tiada alasan untuk tidak bangun, kecuali anda seorang yang Lemah memang berniat tidak mahu meneruskan pendakian dan TIADA KUDRAT :p untuk mengangkat kaki. 

Setelah menikmati sarapan yang disediakan, tepat jam 2.30am, bermula la pendakian menuju Puncak Kinabalu. Langkah pertama dimulakan dengan doa, Semoga Allah melindungi kami di setiap langkah, dan memberi kesempatan kepada kami mencapai matlamat melihat keagungan ciptaan-Nya dari Puncak Kinabalu.. AMIN...

Cik Yuni di salah satu curam yang
memancing emosi ketakutan para pendaki
Sukar mahu mengaku yang sebenarnya saya seorang yang gayat pada tempat yang tinggi, tapi sukar dijelaskan gayat ketinggian udara, bangunan dan gayat gunung adalah satu yang berbeza, dan untuk mengatasi masalah ini, saya akan kongsikan satu petua yang boleh digunakan la juga.. petuanya semasa dalam perjalanan mendaki, pada jam 2.00am, suasana gelap gelita dan hanya diterangi suluhan lampu para pendaki, jadi JANGAN menyuluh ditempat yang curam, fokuskan pada jalan mendaki. kemudain anda akan sampai ke puncak dengan senyuman yang lebar, masalahnya bagaimana pula kalau hari dah siang,akan TERlihat curam-curam yang membunuh semangat yang lemah.. ohh senang sahaja.. anda hanya ada dua pilihan melawan perasaan gayat atau tinggal sahaja di puncak. dan sudah tentu anda akan TERpaksa melawan gayat, semasa turun untuk keselamatan, jangan lepaskan tali yang di sediakan, dan jangan pandang ke curam, hanya pandang pada batu-batu gunung dan fokus pada laluan. cakap terlalu banyak, mungkin ini tidak membantu, jadi tidak perlu memikirkan bagaimana hendak turun, tinggal saha di Puncak.hahaahah

Meneruskan perjalanan mendaki ke puncak pada peringkat permulaan memerlukan kesabaran mental dan fizikal, kerana laluan adalah sempit dan sesak dengan para pendaki yang memulakan pendakian, disamping kesejukan angin di atas gunung yang menampar-nampar lembut adalah sangat melemaskan, saat ini, hanya baju sejuk dan sarung tangan yang akan menyelematkan anda. Terima kasih sarung tangan dan baju sejuk
(lehot, yuni dan Epi) salah satu cara menghangatkan diri
p/s:perempuan dengan perempuan
Keadaan laluan sempit, berbatu dan adakalanya harus memanjat anak tangga dan memegang tali yang disediakan di lereng gunung sudah cukup menambahkan keletihan kami . Perasaan takut dan gementar disamping keletihan bukan penghalang kami untuk tiba di sayat-sayat check point pada jam 4.40am. hanya pendaki yang tiba sebelum jam 5.00am sahaja yang akan dibenarkan meneruskan pendakian apabila tiba di sayat-sayat check point. (Sayat-sayat check point : ketinggian 3,668m, 7KM)

Bagi pendaki muslim, disyorkan supaya berwudhuk di sayat-sayat bagi menunaikan solat subuh, kerana selepas ini, tiada lagi punca paip air, hanya ada takungan air di atasa gunung. Kesejukan air di gunung sangat-sangat menyiksa, hanya yang merasa yang tahu..umpama mengambil seketul ais, disapukan pada muka, kaki. terasa sakit, kebas sehingga menusuk ke tulang-tulang. Tapi itu bukan satu alasan untuk kita tidak menunaikan kewajipan solat sebagai seorang muslim. 
suasana pendakian sekitar jam 5.30 pagi
setelah melalui sayat-sayat check point

8KM Point - senyum sentiasa terpahat bila
             lensa kamera memerhati
Dengan keadaan angin sejuk yang bertiup semakin kencang tetapi tidak akan menerbangkan pendaki dan mengharung perjalanan yang meletihkan, kami tiba di 8KM point sekitar jam 6.30am. Terasa udara semakin nipis, membuatkan cabaran bertambah, dan hingus juga bertambah pada waktu ini, kekuatan mental sangat-sangat diperlukan. Disaat diri terasa lemah, kami diuji oleh permainan En. Guide. *Mana-mana pendaki yang tiba sebelum jam 7.00am di puncak,tidak dibenarkan meneruskan pendakian atas faktor keselamatan. Jam menunjukkan pukul 6.30am, kami hanya mempunyai masa 30 minit untuk sampai ke puncak. Guide memberikan cadangan supaya kami tidak meneruskan pendakian kerana masa suda suntuk, terasa dipandang rendah dan tidak mampu meneruskan pendakian, huh rasa tercabar juga la dan berjanji akan memberikan kami sijil berwarna walaupun tidak sampai ke puncak.(*sijil tidak berwarna akan diberikan kepada pendaki yang tidak sampai ke puncak). kes menipu la ni.. Dengan kedegilan dan berbekalkan sisa-sisa kekuatan fizikal dan mental yang ada, kami terus melangkah menuju ke puncak Gunung tanpa mengmikirkan cadangan En. Guide yang melemahkan semangat. Bagi saya, sijil berwarna tidak bermakna jika kaki tidak memijak Puncak Gunung Kinabalu,   Bak kata pepatah moden, Alang-alang menyeluk pekasam, Bolos saja laluan itu!!!! ok mcm pelik ja bunyi pepatah tu..hahahaha yang ni mungkin betul, Dah alang-alang mandi, biar basah, dah alang-alang mendaki, biar sampai puncaknya!!!
Bulan sentiasa menemani
Keadaan awan nano yang agak tebal, dan suasana berkabus, menyukarkan kami melihat matahari terbit pada hari tersebut, pasrah dengan keadaan ketika itu, tiada rezeki melihat sunset, tapi bak kata pepatah, Tuhan tidak memberi apa yang kita mahu, tapi Tuhan mengantikan dengan apa yang kita perlukan, Buktinya, kami tidak melihat keindahan matahari terbit, tapi kami diiringi sinaran keindahan bulan sepanjang perjalanan menuju puncak.(dan hakikatnya, kami suda terlewat tiba di puncak sebelum matahari muncul, kalaupun keindahan sunset ada pada hari tersebut, kami hanya akan menikmati dari sisi gunung..hahahah)

Semakin menuju hampir ke puncak, semakin memenatkan dan sangat-sangat menguji ketahanan mental dan fizikal, keadaan angin yang sejuk, matahari mula memancar cahaya, udara yang semakin nipis, tenaga yang semakin lemah, beban sekillo terasa menjadi 3 kilo.. tapi melihat puncak di depan mata, membuatkan kami tabah meneruskan pendakian sehingga penat lelah terasa berbaloi dan terbalas apabila kami memijak puncak Gunung Kinabalu pada jam 6.50am. Melihat pemandangan dari puncak Gunung Kinabalu membuatkan kami berasa kagum dengan dengan kehebatan Pencipta. 
WE MADE IT!!! kami berjaya menawan Gunung Kinabalu
Epi, Hapiji, Azlan, Aza, Yuni, Azizan dan Lehot

Setelah selesai acara wajib, bergambar sebagai kenangan, perjalanan turun dari puncak pada jam 7.20am. keadaan yang suda terang dengan sinaran matahari memudahkan perjalanan kami dan kami hanya memerlukan kekuatan kaki pada saat ini untuk menempuhi perjalanan turun. Menikmati saat-saat terakhir berada di puncak dan merakam keindahan suasana di atas gunung dengan lensa kamera dan lensa mata menyebabkan kami lewat tiba di Laban Rata iaitu pada pukul 10.15am. 
















Setelah menjamah sarapan pagi yang di sediakan oleh pihak pengurusan di Laban Rata, kami bersiap meneruskan perjalanan menuju ke Timpohon Gate pada pukul 11.00am. Akibat kecederaan, Cik Lehot terpaksa tabah melalui 4KM perjalanan balik. Memang sangat mencabar bagi seorang yang mengalami kecederaan di kaki untuk meneruskan perjalana turun. Tapi berkat ketabahan hati, dan dorongan semangat dari rakan-rakan yang lain, Sambil bergosip-gosip untuk melalaikan diri bagi menempuhi perjalana balik Cik Lehot berjaya menempuhi perjalanan sehingga penamatnya, syabas.!!! Ketibaan rakan-rakan yang lain(Lehot, yuni & Epi)  di Timpohon gate pada pukul 6.20pm. 
Kata-kata tidak dapat mengambarkan semua yang kami lalui,hanya kami yang mengetahui apa yang dilalui, setiap perjalanan akan menyimpan cerita yang berbeza, suatu hari nanti cerita hanya tinggal cerita, kenangan yang di pahat adalah selamanya. 
Seterusnya biar gambar berbicara..KLIK DI SINI A Journey - MT KINABALU PART 2...hahahaha





0 comments:

Post a Comment