17 December 2012

BOY AKA TOYOLZZ_86 DALAM KENANGAN 1986 - 2012

Tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata akan kesedihan menghadapi kehilangan seorang insan yang bernama sahabat,kehilangan buat selama-lamanya.. walaupun perkenalan dengan arwah tidak selama mana, (around 4-5 tahun..) tapi sangat sangat sangatttttt terasa kehilangan..



Aku rindu saat-saat lepak santai dengan arwah,pasti aku terhibur dengan segala idea dan lawak spontan dari arwah, bukan sahaja aku, kawan-kawan lain pun aku pasti, yang mereka juga terhibur. arwah seorang yang riang, suka menghiburkan kawan-kawan, jarang melontarkan muka masam, sentiasa berpewatakan riang.. Banyak kenangan dilalui selama perkenalan dengan arwah, yang pasti, semuanya kenangan manis, dan sukar untuk aku lupakan..

Lepas ini,tiada lagi kedengaran suara arwah,
Lepas ini,tiada lagi lawak menghiburkan dari arwah,
Lepas ini,tiada lagi lepak santai dengan arwah.
Yang ada hanya kenangan manis bersama arwah,

Hati ini... ingin berteriak kuat, melepaskan perasaan yang terpendam, agar dunia tahu betapa aku sangat-sangat sedih kehilangan seorang insan bernama RAZIB ABD RASYID..  Sudah tertulis dan di takdirkan, berkenalan dan berkawan dengan arwah, dan telah di tulis juga akan berpisah pada hari ini 17/12/2012, Tuhan Lebih menyayangi arwah, hanya Al-Fatihah dan doa yang aku mampu berikan pada arwah yang telah kembali kerahmatullah, semoha roh arwah tenang di sana dan di tempatkan dengan orang-orang yang beriman... Aminnn...


Eboi 1986-2012
Kenangan Hari Raya - 5 Ogos 2009

2 comments:

DaLink Freestyle said...

al-fatihah.. semoga arwah d tempatkan d kalanganorg2 yg beriman.. amin

PG CRONIC said...

amin...

Post a Comment