Showing posts with label SABAH FREEMASON. Show all posts
Showing posts with label SABAH FREEMASON. Show all posts

22 November 2012

DEWAN FREEMASON DI KOTA KINABALU, SABAH



Secara ringkasnya FREEMASON adalah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan  asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini Wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat). Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being).

Freemasonry ditubuhkan secara rasmi oleh tokoh Yahudi, Adam Wishaupt di Kota London, 1717. Ia kemudian diperkuat oleh Albert Pike , seorang general Amerika (1809-1891). Intisari gerakan Freemason ialah:

1. menghapus semua agama,

2. menghapus sistem keluarga

3. mengkucarkacirkan sistem politik dunia

Hasil drpd gerakan ini telah mencetuskan tiga perang dunia, tiga revolusi (termasuk revolusi Perancis), melahirkan tiga gerakan utama (Zionisme, Komunisme, dan Nazisme)
Rujukan: Bernard E Jones, 1982. Freemason's Guide and Compendium. London & Henley, Harrap Ltd


Prinsip dan aktiviti utama

Freemason seringkali dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.

FREEMASON DI SABAH

Freemason merupakan organisasi yang sudah wujud di Malaysia sejak sebelum merdeka lagi sehingga kini. Dewan freemason terdapat di banyak tempat di Malaysia, tapi tidak disedari akan kewujudannya kerana sikap rakyat yang tidak ‘alret’ atau terlepas pandang dan juga  kerana