Misi : Menakluk Gunung Kinabalu
Ketinggian : 4,095 M
Tarikh : 16 - 18 Mac 2013
Anggota : Hapiji, Azizan, Wanly, Fidut, Syikin, Nani, Sur, Rien, Nanang dan Jurinih
(Bukan nama sebenar, hampir-hampir nama sebenar)
|
Permulaan Perjalanan Senyuman Masi Berpahat..haha |
Perancangan untuk menakluk Gunung Kinabalu telah di rancang
sejak awal tahun 2013. Hasil daripada rundingan baik punya, tarikh penaklukan gunung kinabalu telah kami tetapkan pada 17 Mei 2013. Banyak pertukaran anggota minit-minit terakhir, akibat kecederaan serius spt kaki keluar gaot masa mencari stamina, tepeleot kaki masa main badminton (ntah campin ka jg sampai biut.. ohoho) dan hal-hal lain...digantikan dengan pemain simpanan aka backup. Setelah menjalani latihan bagi mempersiapkan diri selama 3 bulan, membuahkan hasil, kaki menjadi bAsar, tagap-tagap, badan banyak musel, kumis jadi lebat, nafas umpama napas kuda sudah.. ok off topic, nanti makin merepek... (dan kenyataannya, hujan berterusan.. semua tiada latihan menguatkan stamina, (cerita d atas hanya di tokok tambah bagi menGempakkan plot cerita.. padahal tdak sehebat yang di wap-wapkan..hahah)
Antara persediaan keperluan asas adalah spt berikut;
1. Jacket Tebal (Wind Breaker/Baju Hujan)
2. Seluar (seluar panjang yang tebal, selesa dan ringan)
3. T-shirt (sekurang-kurang 3 pasang)
4. Kasut bertapak getah (hiking boots) / Sandal
5. Sarung tangan (sekurang-kurang 2 pasang)
6. Stokin (sekurang-kurang 2 pasang)
7. topi / topeng muka
8. Tuala, berus gigi / alat kelengkapan diri yang lain
9. Lampu suluh (yang boleh diletakkan dikepala sangat digalakkan)
10. Lip gloss (cuaca sejuk menyebabkan bibir pecah)
11. Ubat-ubatan & plaster (Panadol Actifast, minyak angin, ubat kejang otot dll)
12. Makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi (coklat, kekacang, kismis,
glukos, gula-gula) dan makanan tambahan (Megi cup, Nescafe 3 in1 Milo, Dll)
13. Air minuman
14. Beberapa beg plastik untuk pelbagai guna
15. Kamera
Keseluruhan perjalanan program memakan masa 3 hari 2 mlm. Ringkasan perjalanan program seperti berikut :
Day 1 - 16 Mac 2013
9.00 am -Berkumpul di Shell Tamparuli (rumah tebalik)
-Santai-santai
-Bermalam di Amulah Reasthouse
|
Berkumpul di shell tamparuli
Janji jam 9, Sampai jam 11, Poyo!!hahaha |
Day 2 - 17 Mac 2013
7.00 am - Bertolak ke National park
8.00am - Pack Lunch (Balsam)
- Start climbing
2.00pm - Tiba Di Gunting Lagadan/Laban Rata
4.00pm - Dinner (Laban Rata)
Day 3 - 18 Mac 2013
2.00am - Breakfast at Laban Rata Resthouse
2.30am - Bergerak dari Laban Rata Ke Puncak
5.30am - Tiba Di Puncak
7.30am - Turun ke Laban Rata)
9.00am - Breakfest (Laban Rata)
10.30am - Turun dari Laban Rata Ke Timpohon Gate
2.00pm - Tiba Di Timpohon Gate
2.30pm - Berkumpul utk berangkat ke National Park
- Lunch (Kinabalu Park)
4.00pm - Perjalanan Balik ke KK
Perjalanan program tidak berjalan seperti yang di rancangkan atas faktor-faktor keadaan yang tidak membenarkan, faktor cuaca, kesihatan, stamina dan ketelanjuran masa. (ok saya tipu, sebenarnya lebih kepada faktor tidak menepati masa dan semasa mendaki adalah di sebabkan faktor tiada stamina..hahahaha) Tapi peduli apa kami, ini bukan acar formal, santai-santai freestyle, jadi berdedia atau tidak.. bolos saja la dinding itu.. janji matlamat menakluk Gunung Kinabalu tercapai!!
Cuaca pada hari pendakian juga sangat membantu kami.. alhamdulillah.. cuaca yang cerah, kurang hujan, memberikan pemandangan yang mempersonakan buat kami yang kebanyakan adalah pertama kali melibatkan diri dalam aktiviti pendakian Gunung Kinabalu (*aceli ni yang kedua sy naik, kali pertama keputusan negatif, nda merasa puncak gunung, bukan sebab stamina yang lemah ok!!.. sebab cuaca yang tidak mengizinkan, banjir atas gunung, dgr ja banjir atas gunung mcm tidak lojik.. tapi itu adalah benar! nda pecaya, cuba naik sana waktu hujan lebat! Ok alasan ini boleh menyelamatkan aku.. hahaha ).. dan memang cantik pemandangan dari atas gunung tertinggi di asia ni.. Rugi kalau tidak mendaki, sekali dalam seumur hidup pun sudah memadai…
Semua peserta sangat mengagumkan, walaupun keluar Gaot, sengal2 badan, ampus, dan lain-lain penyakit yang tidak berkaitan.. (hahaha) semua mempunyai semangat yang kuat.. buktinya kesemua berjaya menakluk Gunung Kinabalu!!! Tahniah kepada semua!!! Cerita banyak pun nda guna, apakata biar gambar yang menceritakan segala-galanya…
Hari Pertama Di Mesilau (Desa)
|
Kontrol broo.. kana apit dua orang :) |
|
bersama rakan kongsi - ahKong |
|
Mengambar Digambar
p/s: Manja tgh besapel |
|
Kami di Desa Melawat lembu |
|
Kami yang Freestyle |
Menuju Tujuan Utama
|
Barisan Penakluk Gunung Kinabalu |
|
Semangat masi membara, berFreestyle sebelum ke timpohon |
|
senyuman @KM3.5 |
|
Wanly yang masi bertenaga!! |
|
Cayo2! |
|
Fidut & Azizan : kM 4 @ Layang-layang |
|
Ini Poyo! pura2 melempar senyuman di hadapan Lensa..haha |
|
Candid, Realiti sebenar gambar di atas..hahaha |
|
sur mengetuai rombongan.. |
|
Merehatkan diri sebelum menuju Laban Rata |
|
Wanly dengan tongkat ajaib |
|
Manja tetap manang gaya!
Kata2 hikmat : biar kalah stamina jangan kalah GAYA,
Jangan kalah gaya kala stamina juga. Offset betul!!! |
|
Manja Layan blues, wanly tetap control macho, suriantih tetap
melempar senyuman |
|
Saya pun tidak mau kalah, biar kalah stamina jangan kalah gaya
kalau kalah dua2 out abis.. pura2 pingsan bagus |
|
Akhirnya semua Keletihan tidak sedarkan diri, @Laban Rata
p/s: Mana suda senyuman Kamurang? hahahah |
|
Syikin dengan Style beliau..
(Jangan Kalah gaya.. Ingat Tu!!) |
|
Pemandangan dari Laban Rata |
|
Finaly!!! We Made IT!!! |
|
Around 4.00Am @Sayat-sayat menuju puncak |
|
@4095M Low's Peak!!
p/s: maaf kawan2 lain pict kamurang nada,
kamurang semua sampai dulu, dan sampai belakang..hahah |
|
OTW turun |
|
Sejuk bosss, tapuk di batu2 dulu. |
|
Sempat Poyo sebentar..hohoho |
|
Santai Like A Boss |
|
okus view belakang plzz!! hohoho
manja layan blues lagi... hahaha |
|
Pejalanan Turun Gunung |
|
Rien dgn gaya Ninja Kinabalu beliau |
|
Fidut & Manja dgn Gaya Ninja beliau
p/s: aku suka ni gaya ninja2..hahaah |
|
@8KM Ini Kali la
Ingatkan mau sampai sudah |
|
Yeahhh!!! |
|
Bergambar di Laban Rata sebelum berangkat
turun dari gunung yang berjaya di Tawan |
Gambar hanya mampu bercerita sampai di sini.. kalau boleh panjang ni ceritanya.. tapi pencerita tidak mampu suda mengulas.. yang pasti sangat2 BEST!! next time mau naik dari mesilau lagi!!! musti naik dari sana baru cukup syarat!!! Maju siapa mau terima cabaran ini.. ok penat suda.. itu jak bai...
2 comments:
hai.saya nak tau pasal pakej yg awak amek tu tak?ada email?add me pls
azaelliani@yahoo.com
okay.. nanti sy emailkan..
Post a Comment