Mimpi dalam bahasa arab disebut ahlam (أحلام) atau ru’ya (رؤيا). Mimpi terbahagi kepada 3 iaitu:
1. Mimpi benar daripada Allah SWT.
2. Mimpi fasad daripada syaitan.
3. Mimpi yang hanya berupa mainan tidur.
Dalam Sirah Rasul SAW ada beberapa Hadith menceritakan tentang mimpi. Insya Allah saya cuba tertibkan sebagai tambahan maklumat. Semoga dengan niat kita menghampiri Hadith maka hampirlah juga kita dengan Rasul SAW.
Hadith 1: Mimpi yang baik datangnya daripada Allah SWT.
عبد ربه بن سعيد قال: سمعت أبا سلمة يقول: لَقَدْ كُنْتُ أَرَى الرُّؤْيَا فَتُمْرِضُنِي حَتَّى سَمِعْتُ أبا قتادة يقول:
وَأَنَا كُنْتُ أرَى الرُّؤْيَا تُمْرِضُنِي، حَتَّى سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:
((الرُّؤْيَا الْحَسَنَةُ مِنْ الله،ِ فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ ما يُحِبُّ فلا يُحَدِّثْ بِهِ إلا مَنْ يُحِبُّ، وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ شَرِّهَا، وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ، وَلْيَتْفِلْ ثَلاَثًا ولا يُحَدِّثْ بِهَا أَحَدًا فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ)).
[رواه البخاري]
Ertinya: Abdu Rabbihi bin Sa’id berkata: Aku mendengar Abu Salamah mengatakan:
Aku pernah bermimpi sehingga membuat diriku sakit sehingga aku mendengar Abu Qatadah mengatakan: Aku pun pernah bermimpi yang membuat diriku sakit sehinggalah aku mendengar Nabi SAW bersabda:
Mimpi yang baik adalah berasal daripada Allah. Maka jika salah seorang diantara kamu bermimpi yang disukainya, jangan menceritakannya selain kepada yang disukai. Dan siapa yang bermimpi yang tidak disukainya, hendaklah meminta perlindungan kepada Allah dari kejahatannya dan dari kejahatan syaitan. Dan hendaklah meludah tiga kali dan jangan menceritakannya kepada seorang pun, sebab yang demikian tidak membahayakannya.
[HR Bukhari]
0 comments:
Post a Comment