18 October 2011

:::ERATKAN PERHUBUNGAN:::

Tidak dinafikan, dalam p'hubungan ni, kadang2 kiTa akan m'hadapi konflik @ masalah. So, sebenarnya banyak cara supaya kita dapat terus mengekalkan kebahagiaan dlm p'hubungan. ., check it out !!

  1. BERSABARLAH : Tidak rugi sekiraanya kita bersabar sekiranya sikap pasangan kamu itu telah menyinggung prsn kerana mungkin dengan kesabaran anda itu, pasangan anda akan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain dan sekaligus memperbaiki kesilapannya. 
  2. BERTERUS-TERANG : Cara ini adalah lebih baik daripada memendam. Jika anda tidak menyenangi sikap pasangan anda, cubalah berterus-terang dengannya dan bincangkan dengan baik supaya masalah tersebut tidak membelenggu diri anda sehingga anda sendiri berasa tertekan. Lagi satu, ketika berbincang, jangan sesekali meninggikan suara kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan.
  3. MEMAHAMI : Bukalah hati untuk terus memahami pasangan anda. Sifat memahami dan tidak berprasangka buruk merupakan resepi utama dalam membina satu perhubungan yang berjaya.
  4. JUJUR : Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Sikap jujur boleh membuatkan pasangan anda mempercayai anda. Dan jika kita saling percaya mempercayai, maka ia akan menjadikan hubungan yang dijalinkan berjaya. Jangan sesekali menipu pasangan anda kerana penipuan hanya akan membawa kepada kehancuran dalam perhubungan sekiranya pasangan anda tahu anda menipu. 
  5. BERTOLAK-ANSUR : Saling bertolak ansur juga merupakan faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri anda dan pasangan. Namun, usah mengharapkan hanya pasangan anda sahaja yang perlu bertolak ansur dengan anda dan pada masa yang sama anda pula mengambil kesempatan ke atasnya. Itu TIDAK ADIL namannya !
Sebenarnya, banyak lagi cara-cara yang boleh mengeratkan sesebuah perhubungan. 5 tips d atas ini merupakan tips paling basic dan tidak susah untuk melakukannya sekiranya kita betul2 ikhlas menjalinkan hubungan dengan pasangan kita. S0, belajar2 lah mengawal emosi dan sentiasa bersedia untuk menyelesaikan apa jua masalah dengan baik. Setiap pasangan mestilah bekerjasama untuk memperbaiki apa yang tidak baik dan saling bertolak ansur dalam memperbetulkan keadaan. GOOD LUCK !! 

:::MR.n.MRS FREESTYLE:::

Kebaikan Menangis



1. Membantu penglihatan

Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteri semulajadi.

Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.

Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.

keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis mengurangi stres?

Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.

Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.

Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan

Semua orang ingin merasa demikian.

Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu.

Jadi, Anda tidak perlu merasa malu menangis sesekali.

16 October 2011

Khasiat Kacang Soya Adalah Rekaan Semata-mata


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.


Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.


Antara keburukan kacang soya:

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.


•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.


•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.


Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).



FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!


Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).


(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)


Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.


Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .


(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.


Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

14 October 2011

kredit to Sapian http://dalinkfreestyle.blogspot.com/

baiklah... kredit utk sapian SAPIAN sebab banyak tulun aku dalam membina blog ni.. malar suru aku GUGEK (GOOGLE) tapi nda jg aku paham2..hahaha lamanya nda main semua ni.. zero abis.. sakai beno nampaknya :))
sudalah semalam aku mengamuk gara2 blog aku kena padam oleh BloggerTeam.. bikin sakit ati..penat2 aku post banyak2 skali kana padam.. apa pun tak bolehh~!!ehhh kemmon laa~!!! tapi mmg salah aku... letak javascript ada virus.hahahahaha dem..ptuiii~!!

after aku mengamuk2 ngan BT.. akhirnya tgh hari td, gatal tgn mau buka blog d opis.. bila buka blog..punya hapy :) senyum sampai kuyak mulut  ^______^ blogger aku kena c pulang balik oleh BT..gud~!! klu nda.. aku merajuk ni.. nda mau men blogger..bagus tulis dalam buku diary..HAHAHAHAH

Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot try skarang~!!

windows wondows windows.. apakata try guna ni Ubuntu..
Ubuntu 11.10 rilisan akhir kini sudah bersedia untuk digunakan sekarang~!!
Cakap banyak pun nda guna.. try sendiri la..DOWNLOADS SINI .. 


yang paling best tu.. buli try demo online, nda paya install dulu.. KLIK SINI 





Black hat Hacker - Kevin Mitnick






Kevin Mitnick dilahirkan pada 6 August 1963. Kevin Mitnick berdiri sebagai seorang penjenayah yang ditangkap atas kesalahan yang kecil dan tidak berhak menerima hukuman yang sememangnya tidak setimpal dengan kesalahannya. Jika bandingkan Kevin Mitnick dengan seorang perompak bank, mana lebih teruk?

Sejarah Mitnick bersama komputer amat panjang dan berbagai. Pada tahun 1980 dia telah mendapat nama untuk dirinya sendiri sebagai budak dalam papan buletin sistem komputer, menggunakan pegangan "The Condor". Mitnick belajar rahsia dalam dan luar pelbagai sistem komputer, dan mula menggunakan suara dan 'skil sosial' untuk mendapatkan kata laluan dan pelbagai lagi maklumat rahsia dari syarikat. Teknik ini, dinamakan "Social Engineering" (Kejuruteraan Sosial/Kemahiran Sosial), telah menjadi nama sinonim dan popular dengan Kevin Mitnick.


Mitnick sebenarnya adalah model bagi karakter David Lightman dalam filem Wargames (1984). Lebih-lebih lagi, penulis cerita tersebut sebenarnya tidak pernah menemui Kevin Mitnick semasa mereka mencipta filem tersebut!! Bersama dengan masa Wargames, ada juga pelbagai tangkapan dan jenayah publisiti berkaitan dengan pencerobohan komputer, yang cepat berubah menjadi jahat dan biasa, ditemui di kawasan bandaraya dan komputer rumah. Semuanya mula hilang kawalan dan pihak media mendakwa kuasa penggodam komputer, liar seperti mana mereka dan menjadi tema yang sambil pada masa sama banyak tangkapan dibuat.
Mitnick sedang berjalan masuk dan keluar ke dalam sistem secara mudah dari awal hingga akhir 1980-an, tetapi mula mencari kerja pada masa yang sama dalam bidan tersebut. Malangnya, hidupnya mula susah untuk mengikut undang-undang ! Beliau ditangkap pada tahun 1987 semasa menceroboh sebuah komputer di Santa Cruz. Hukuman yang sebenar mengikut kepada 'felony', namun disebabkan bantuan peguam yang cekap yang memberitahu tentang kerosakan yang kecil hanya dibuat, Mitnick dihukum tiga tahun dalam pemantauan (probation). Tahun seterusnya, bagaimanapun, dia telah ditangkap sekali lagi atas kesalahan menceroboh ke dalam "Digital Equipment Corporation" dan sedang mengambil beberapa sumber kod mereka.
Mahkamah kali ini mendapat rayuan kerana peguam Mitnick mengadu yang kliennya mempunyai ketagihan yang tidak boleh dihentikan iaitu "ketagihan komputer" yang memerlukan kaunseling. Dia bersalah namun diberikan "kekurangan" hukuman iaitu satu tahun di penjara.


Berada di dalam penjara mengajar Mitnick satu perkara: betapa teruknya penjara. Lagenda dan mitos menyelubungu Mitnick pada saat ini, hingga warden di penjara Lompoc Jail yang disahkan oleh pihak berkuasa bahawa Mitnick mampu menggodam komputer dengan hanya menggunakan suara dan sebuah telefon. Oleh sebab itu, Mitnick dikenakan 'tembok' atau had semasa di dalam penjara, yang di pinggirkan. Mitnick dibenarkan untuk berjumpa dengan segelintir pelawat.


Dibebaskan dari penjara pada 1989, Mitnick cuba meletakkan dirinya dalam pelbagai kerja, namun satu kerja yang 'sangkut' padanya ialah seorang pencari rahsia untuk seorang penyiasat persendirian. Secara natural, ini membawanya kembali ke dunianya yang lama, dan tidak lama sehingga F.B.I (Biro Persekutuan Amerika/Federal Bureau of Investigation). Mitnick tahu kali ini beliau tidak akan mendapat satu perbicaraan yang adil, dan ketakutan untuk menghabiskan hidupnya di dalam penjara semula dan dikuarantin yang memberinya kepada satu pilhan; melarikan diri.
Untuk dua tahun berikutnya, Mitnick menjadi seperti seorang 'baru', menggunakan skilnya untuk menghasilkan sebuah hidup yang baru, membuat identiti baru, dan menukar tabiat peribadi keseluruhannya agar tidak mudah dijejak. Beliau dikesan di Seattle dan di beberapa lokasi lain. Pada saat ini, sememangnya, "Lagenda Mitnick (Mitnick's Legend)" berada di atas, dan belia seorang 'ninja siber' dalam setiap masa, berupaya untuk muncul di dalam TV dan menggodam Pentagon.


Ramai pemerhati hairan apa yang telah mengubah Mitnick kepada kes sedih tentang penggodam komputer kepada pelarian kepada "Penggodam Paling Dikehendaki Dunia (World's Most Wanted Hacker)" iaitu artikel daripada John Markoff dari New York Times, yang memanggil nama Mitnick setiap kali di dalam buku. Artikelnya selalu ke muka depan, dan bercetak gambar orang yang tidak boleh dihentikan, merbahaya dan senarai 10 orang paling dikehendaki F.B.I dan orang lain yang mempunyai lencana dan sepucuk pistol. Pada masa ini, artikel ini telah disimpan di dalam Rekod Berita (Paper of Record), Mitnick dinobat sebagai mangsa dan "Contoh" telah ditentukan.


Berhubung dengan perbuatan Mitnick dan perbuatan mereka yang cuba menangkap Mitnick amat sukar untuk permulaan ini, tapi jangan lihat pada kebenaran dari buku oleh Markoff dan Katie Hafner, bekas isteri Markoff. Lebih mudah, sepanjang dua tahun Mitnick berada dalam pelarian, bunyi dram lebih kuat dan parti yang menyertai lebih ramai dan lebih kukuh.


Mitnick akhirnya diberkas oleh FBI di North Carolina pada 1995, apabila membuka pintu apartmen dan mendapati beberapa orang ejen sedang berkeliaran. Tangkapan itu merupakan hasil usahasama oleh John Markoff yang meletakkan vannya di luar kompleks yang membantu FBI memberkas beliau dan penyiasatan mereka. Markoff menggunakan posisi pertanyaannya yang sebagai pelapor dan penolong penyiasat dan meletakkan dirinya di tengah-tengah antara penangkapan antarabangsa dan penyiasatan.

Pencarian Mitnick merupakan tujuan atau gol bagi seorang lelaki Jepun bernama Tsutomu Shimomura. Penjawab telefon (Answering machine) Shimomura mengandungi rakaman makian oleh seseorang yang disyaki Mitnick (masih tidak dapat dibuktikan) dan beberapa godaman terhadap mesin yang digunakan Shimomura. Memang diketahui bahawa Shimomura adalah seorang yang sombong, mementingkan diri dan mempercepatkan proses penangkapan Mitnick.

Kes mahkamah dan Mitnick amat melemaskan. FBI menggesa syarikat yang menjadi mangsa Mitnick untuk menghitung kerugian syarikat yang dijangka 10 juta dolar dan tambahan beberapa lagi kesalahan lain. Dalam beberapa kes, "kerosakan" untuk perisian yang Mitnick salin termasuk dengan kos perkakasan, gaji, dan bangunan yang digunakan untuk membina perisian tersebut. Mitnick dan rakan-rakannya tidak dibenarkan untuk melihat banyak bukti bertentangan dengannya. Surat khabar dibanjiri dengan pelbagai jenayahnya dan orang jahat dan orang yang bertanggungjawab atas semua publisiti ini ialah Markoff dengan artikel dari New York Times. Dan kemudian datang bahagian yang paling teruk.
Perbicaraan Mitnick tidak berlangsung untuk beberapa tahun. Empat sebenarnya. Beliau ditahan tanpa jaminan (disebabkan oleh pelariannya) dan kerajaan dan pihak berkuasa mengikat kakinya dengan bukti menentangnya, Mitnick kekal di dalam penjara. Empat tahun penjara tanpa jaminan, atau senarai tuduhan ke atasnya. Jika tiada lain, Mitnick kekal sebagai seorang yang paling teruk dalam salahguna kuasa oleh sistem penjara dalam zaman moden. Dan soalan itu ditanya sekali lagi: dengan semua masalah yang diakibatkannya, menyekatnya untuk setengah dekad tanpa peluang untuknya melihat bukti yang digunakan untuk mendakwanya? Jawapannya, untuk semua masuk akal, ialah tidak.

Mitnick mengaku bersalah dalam satu perjanjian di mana empat tahun penjara akan dikira dan lima tahun penjara. Apabila beliau dibebaskan dari penjara pada Januari 2002, ceritanya tidak berakhir di situ: suasana di mana beliau disekat dari menggunakan sebarang komputer untuk sebarang tujuan. Untuk beberapa tahun, Mitnick tidak dapat memiliki sebuah komputer di rumah, menaip menggunakan pemproses tulisan, menerima atau menghantar e-mail, atau menyentuh sebuah papan kekunci. Tanggapan komedi terhadap sekatan ini tidak pernah hilang dan beliau menyusun semula hidupnya, Mitnick menulis buku bernama The Art of Deception (Seni Penipuan) yang ditulis menggunakan sebuah mesin menaip !
Pada tahun 2003, Mitnick akhirnya dibebaskan dari penyeliaan dan dibenarkan menggunakan Internet dan juga teknologi komputer pada abad ke 21.

Dalam masa itu, Markoff menjual buku agungnya bersama dengan Shimomura "Takedown" untuk Miramax sebagai sebuah filem fiksyen. Filem itu mempunyai sedikit mengenai realiti;karakter Mitnick yang mengganggu karakter Shimomura (mereka tidak pernah bertemu) dan bersambung dalam telefon ke dalam komputer (di mana tidak boleh berlaku), yang akhirnya menarik perkara tersebut tidak kemana-mana. Diantara filem dan buku tersebut, Markoff berkata ia mendapat satu juta dolar. Tidak sangkalah dia boleh tidur malam dengan nyenyak.

Mitnick juga merupakan subjek dalam filem dokumentasi dua jam oleh 2600 bertajuk "Freedom Downtime". Ia adalah perspektif oleh beberapa pengikut penggodam dan menawarkan kisah yang berlainan dari kes yang ditemui di dalam Takedown dan media lain hari ini. Film ini memenangi 'Audience Award for Documentaries' di ' 2002 New York International Independent Film and Video Festival'.
Pada 21 Januari 2003, dalam televisyen secara langsung dalam "The Screen Savers" dalam TechTV, Kevin Mitnick melawat laman web pertama setelah pembebasannya, blog teman wanitanya (www.labmistress.com). Mitnick sekarang bekerja sebagai pembimbing, dan menjadi speaker bagi persidangan sekuriti dan eksekutif pada November 2003. Beliau juga CEO di sebuah syarikat sekuritinya sendiri iaitu Defensive Thinking.

13 October 2011

Tukar AM / PM Jam Desktop Menjadi apa2 la ikut suka korang

Untuk  Windows XP dan Windows 7


Langkah-langkahnya adalah :


1. Pergi "start" taip "region and language"
2. klik "region and language"




3. Klik pada Additional Setting.




4. Dalam tab Additional Settings tu, pergi ke tab "Time".




5. Tukarkan AM / PM tu dan ganti mengikut kesukaan anda, kemudian klik Apply dan Ok. 


>> selamat mencuba :)





12 October 2011

>w0rds 0f da daY< ::APA YANG SUDAH PERGI, BIARKANLAH IA PERGI::

Mengingat2 masa lalu n b'sedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan. 

Bagi orang2 yg waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yg kuat hingga ia tdk dpt keluar. 

Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak t'kena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yg sudah b'lalu dan sudah selesai. Maka ia tdk mungkin kembali dgn apa jg kedukaan, tdk dpt dihadirkan semula dgn apa juga kegelisahan, dan tdk akan dpt dihidupkan semula dgn apa juga kebingungan. IA ADALAH SESUATU YANG SUDAH TIADA~

p/s Hidup smbil mengungkit2 masa lalu b'makna menyia-yiakan masa skrg, mengoyak-ngoyakkan p'juangan, dan m'porak-perandakan masa kini. 

(Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni)

::::(^___^)mrs.freestyle(^____^):::

CARA LEPAS WEBSITE YANG DI SEKAT OLEH GOV


ni cara mau lepas website yang telah di sekat olh kerajaan..cth www.megaupload.com, www.putlocker.com dan lain2...

 
1. pergi  "Control Panel"
2. click "Network Connections"
3. click "Local Area Connection" tulisan biru tu and click "Properties"
4. double click atau click properties utk "Internet Protocol (TCP/IP)" atau "Internet Protocol (TCP/IPv4)
5. mark "Use the following DNS Serve Adresses" yg kat bwh type "8.8.8.8" kat 1st column and "8.8.4.4" kat 2nd column and click OK


untuk windows 7..

Control Panel -> View Network and Status Tasks -> Local Area Connection -> Properties
 -> Click "Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4)" then click properties -> Click use the following DNS serve adresses. 

Preffered DNS server : 8.8.4.4
Alternate DNS server : 8.8.8.8

Click OK! DONE!
 

Bob Lokman tiada tauliah

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan membuat tangkapan terhadap selebriti yang juga pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, kelmarin.
Pengarah Jais, Marzuki Hussin, berkata Bob Lokman atau nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah kepada umum.
“Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, sumber Jais berkata selebriti itu bersama dua lagi iaitu Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid berkenaan ditahan Jais ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan 70 jemaah.
Katanya, mereka dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dilepaskan atas jaminan polis.

sumber : hmetro.com.my





>> mau berdakwah pn kena ada "lesen" ka??pelik la sekarang ni.. asal buat baik ada jak rintangan.. dulu tym zaman2 dia d dunia hiburan lancar jak.. skrg mau beramal buat kebaikan pun susah.. mungkin itu dugaan yg harus dia lalui.. apapun tak boleh~!!! ehhh kemmon la~!!!

Tidak cukup tidur bahayakan nyawa


48 dan 15 peratus berisiko mati sakit jantung, angin ahmar
LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.
Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.
Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.
Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.
Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. Agensi

Sebab ALLAH temukan kita dengan orang yang salah.


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..




PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows the BESt!~

11 October 2011

Bedah untuk jadi Superman


MANILA: Seorang lelaki yang begitu taksub dengan Superman menjalani pembedahan dalam usaha mengubah dirinya menjadi wira komik itu.
Herbert Chavez, 35, menjalani pembedahan plastik berulang kali sepanjang 16 tahun lalu untuk membolehkannya mendapatkan dagu lekuk dan hidung Superman, menurut laporan televisyen ABS-CBN.

Dia juga menyuntik silikon untuk menebalkan bibir dan menjalani implan pada paha supaya kelihatan lebih tegap dan berotot.


Usaha AFP untuk menghubunginya gagal semalam tetapi dalam laman Facebooknya, terkandung puluhan gambar dan mesej yang menerangkan alasannya untuk menjadi superhero itu.

“Saya mengambil keputusan menjadi Superman kerana sejak kecil saya mahu menjadi sepertinya. Saya sedar dengan kelihatan seperti Superman akan menggembirakan saya dan saya berpuas hati selagi saya tidak mencederakan sesiapa,” menurut satu mesej dalam laman Facebook Chavez.


Dia juga menulis, meskipun tidak mempunyai kuasa istimewa seperti Superman, dia berharap dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai bahawa mereka boleh mencapai impian masing-masing dengan bekerja keras.



Gambar Chavez sebelum dia menjalani pembedahan menunjukkan dia berkulit gelap, jauh berbeza dengan penampilannya sekarang.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan kerjanya. Watak Clark Kent yang menjadi Superman ialah wartawan akhbar. Menurut ABS-CBN, Chavez bekerja sebagai jurulatih ratu cantik.


Dalam laman Facebooknya, Chavez juga berkata dia melakukan kerja kebajikan dan muncul dalam televisyen beberapa kali.

Kisah Chavez mendorong pelbagai kritikan pada laman Facebooknya. Seorang pengunjung menulis dia kelihatan seperti patung pakaian.


Yang lain berkata, Chavez tidak kelihatan langsung seperti Christopher Reeve, pelakon yang memainkan watak Superman pada 1980-an atau Brandon Routh, yang mengambil alih peranan itu pada 2006.- AFP



sumber :hmetro.com.my


p/s: hoohhh ini mcm pun ada??dunia..dunia....
   : dia bukanlah superman..dia juga bisa nanges~!! lalalala

TIPS MENGEKALKAN SEBUAH PERSAHABATAN


# Saling Memberi Kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang utk berkongsi suka duka bersama dan bukannya utk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan org lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yg penting, si dia jujur pada persahabatannya.

#Saling Menahan Rasa Cemburu
Ramai yg berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yg dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yg membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yg tak kena, tanyalah temanmu itu dgn baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan utk berbicara dgn fikiran yg matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu utk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...

#Saling Memahami
Utk menjadi sahabat yg baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dgn lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yg bukan2 tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yg mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa utk kamu bertemu si dia.

#Saling Mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yg telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yg beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

#Saling Memberi Kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri.
Belajar menjadi seorang teman yg sudi memberi kemaafan kepada org lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

::w0rdS oF dA daY::

" Saya sering menyesali saat-saat saya berbicara, bukan ketika saya diam."
(PUBLIUS SYRUS)


" Tuhan mempunyai dua tempat tinggal, iaitu di SYURGA dan di HATI yang lembut dan tahu bersyukur"
(IZAAK WALTON)


" Bukanlah kerja yang membunuh manusia, melainkan rasa khuatir" 
(HENRY WARD BREECHER)


"Orang akan menjadi bahagia apabila mereka memperbaiki fikiran mereka"
(ABRAHAM LINCOLN)


"Kejatuhan kecil bererti kebangkitan yang lebih membahagiakan"
(WILLIAM SHAKESPEARE)




                                                                                     

10 October 2011

Kenalpasti Jantina Komputer Anda


Jantan ke betina?
Cara nak tau:-
1. Buka "notepad",
2. tulis CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
3. pastu save as i love you.vbs 
4. pastu tutup file tu dan double click file tu...anda akan terdengar bunyi "i love you"...
~tentukan jantina computer anda melaui bunyi tu..selamat mencuba...
 :)

Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh."Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki


Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.
Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
  1. tidak sembahyang atau solat.
  2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
  3. makan atas pinggan yang terbalik.
  4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
  5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
  6. berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.
  7. suka bersandar pada pintu rumah.
  8. suka duduk di atas tangga.
  9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
  10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
  11. tidak membersihkan rumah.
  12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
  13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
  14. suka tidur di atas muka.
  15. membakar kulit bawang.
  16. menjahit baju yang sedang dipakai.
  17. mengelap muka dengan baju.
  18. berdiri sambil bercekak pinggang.
  19. tidur tidak memakai baju.
  20. makan sebelum mandi hadas.
  21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
  22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
  23. lambat pulang dari masjid.
  24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
  25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
  26. suka memadam pelita dengan nafas.
  27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
  28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
  29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
  30. memakai seluar sambil berdiri.
  31. memakai serban sambil duduk.
  32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
  33. makan dengan menggunakan dua jari.
  34. berjalan di antara kambing.
  35. berjalan di antara dua perempuan.
  36. suka mempermainkan janggut.
  37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
  38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
  39. suka menggigit kuku dengan mulut.
  40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
  41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
  42. menguap ketika solat.
  43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Cara Mengesan Keylogger Dalam Pc Kita








1.buka cmd
2.taip "netstat"
3.tgk ip address yg bawah skali contoh 212.212.124.245
4.salin dan letak di notepad jgn save.
5.ulang langkah pertama dan kedua.
6.lihat ip address di bawah berubah x?kalu berbuha bermakna ada keylogger yg terinstall di PC anda.
7.cara hapuskan download software di http://www.2-spyware.com/review-microsoft-antispyware-beta1.html

Semakin Hampir Dengan Kiamat

22 tanda hari kiamat semakin hampir :


1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.

3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.